Tuesday, July 7, 2009

Generasi Muda Perlu Hayati Budaya : Sapawi


JOHAN...Sapawi merakamkan kenangan bersama-sama kumpulan gambus PMBS cawangan Weston yang muncul johan di majlis tersebut.


BAKAT TERPENDAM...Sapawi diperhatikan oleh Yusoff dan Asli ketika memetik gitar gambus acara sembolik perasmian pesta gambus Sipitang.
SIPITANG: Sebuah negara yang mahu dan membangun tidak akan bermakna jika generasi mudanya berjiwa kosong.
Ahli Parlimen Sipitang DatukSapawi Ahmad berkata amat mengecewakan jika generasi muda lebih menghayati budaya barat berbanding budayawa warisan sendiri.

“Watak generasi muda seumpama ini tidak akan membantu negara untuk terus maju dan membangun sebaliknya menghadirkan sesuatu yang membimbangkan,”
katanya ketika mrasmikan Pesta Gambus Zon Sipitang di sini kelmarin.
Pesta itu melibatkan tiga cawangan Persatuan Masyarakat Brunei Sabah iaitu Sipitang, Lubuk dan Weston di mana selain pertandingan gambus turut diadakan ialah silat dan gulintangan.
Sapawi berkata budayawan warisan bukan sahaja perlu untuk dikekalkan tetapi juga perlu untuk dihayati khususnya di kalangan generasi muda.
“Kita perlu berusaha mengajak generasi muda untuk mengetahui dan memahami budaya warisan kita dan cara terbaik ialah dengan melibatkan mereka,” katanya dan menambah usaha itu pula hendaklah berterusan.
Sambil memuji PMBS kerana menganjurkan program itu, beliau berkata tema pesta itu Gambus Instrumen Perpaduan sesuai dengan konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri.
Katanya konsep Satu Malaysia itu turut meletakkan perpadun dan persefahaman sebagai perkara penting dn utama.
Menurutnya perpaduan dan persefahaman kaum penting dalam memastikan keharmonian dan kemakmuran terus dinikmati.
Pada pesta itu, PMBS Weston berjaya memenangi perandingan gambus solo dan juga berkumpulan.
Hadir sama pada majlis itu teramsuklah Presiden PMBS Datuk Yusoff DSP Haji Mohd Kassim, Naib Presiden PMBS Ahmad Shah dan Pengerusi PMBS Sipitang Asli Moksin.-Oleh DZUL MOHD KASSIM
Share |