Sunday, July 12, 2009

Selamat Hari Jadi-Sapawi


KEJUTAN…Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad yang dijemput untuk menghadiri satu majlis di restoran Megah Bakti, Sipitang dikejutkan dengan majlis sambutan hari jadi.
Majlis sambutan hari jadi secara mengejut itu dianjurkan bersama oleh pemilik restoran Haji Omar Ali dan ianya diadakan selepas Sapawi merasmikan Pesta Gambus Zon Sipitang.
Sambutan hari jadi Sapawi yang ke-55 tahun itu turut diserikan dengan bacaan doa selamat oleh imam Haji Johari Idris.
Kelihatan Sapawi diperhatikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan merangkap Presiden Persatuan Masyarakat Berunai (PMBS) Sabah Datuk Yusoff DSP Haji Mohd Kassim (dua dari kiri), Naib Presiden PMBS Ahmad Shah, Pengerusi PMBS Sipitang Asli Moksin dan Haji Omar Ali (empat dari kanan) sedang memotong kek di majlis tersebut.

Share |