Sunday, July 19, 2009

Piala Exco Penerangan Negeri Sabah


Sapawi diiringi oleh sidek dan Muanam sedang menymapikan sijil kepada ketua pasukan yang turut serta dalam pertandingan tersebut.


Sapawi sedang mengumunkan secara rasmi pertandingan bola sepak tersebut.

Sapawi diperhatikan Sidek sedang menyepak bola sebagai tanda sembolik pertandingan tersebut.

MERIAH...Ahli Parlimen Sipitang merangkap Exco Penerangan Negeri Sabah Datuk Sapawi Ahmad telah meluangkan masa merasmikan pertandingan bola sepak Sembilan sebelah Piala Exco Penerangan Negeri Sabah sempena program Sepakat Bestari di Padang Pekan Beaufort pagi kelmarin.

Sebanyak 41 pasukan mengesahkan mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut yang mana turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Beaufort Sidek Jubar, Pegawai Penerangan Beaufort Marlina Jamarin, Pemimpin Kemajuan Rakyat Lumadan Ahmad Mumin, Pengerusi Penganjur Muanam Mujiarto dan Pegawai Perhubungan Parlimen Sipitang, Lumadan Amat Talib
Share |