Friday, June 26, 2009

Tanggungjawab Ahli Umno

TANGGUNGJAWAB...Keikhlasan dalam perjuangan menjadi asas kepada kekuatan dan kemantapan Umno untuk terus relevan, kata Ketua Umno Bahagian Sipitang Datuk Sapawi Ahmad.
Merasmikan mesyuarat berkelompok cawangan Umno Zon Lumadan di Beaufort baru-baru ini, Sapawi berkata perjuangan dalam parti harus tidak berasaskan niat untuk
mendapatkan ganjaran lumayan.
“Tanggungjawab kita sebagai ahli Umno adalah amanah dalam melaksanakan perjuangan parti dan bukan berasaskan niat untuk mendapatkan ganjaran peribadi,” katanya lagi.
Beliau juga menasihatkan agar ahli Umno menjalinkan kerjasama erat dan terus mendekati akar umbi.
Hadir sama ada majlis tersebut Ketua Wanita umno sipitang Datuk Surinam Sadikun, Ketua Puteri Umno Sipitang merangkap Ecxo Puteri Umno Pusat Maimunah Sidek, Naib Ketua Pemuda Umno Sipitang Matbali Musah, Pemimpin Kemajuan Rakyat Lumadan Ahmad Mumin dan Ketua Umno Zon Lumadan Muanam Mujiarto,
SUMBANGAN...Sapawi menyampaikan sumbangan peralatan sukan kepada salah seorang ahli Umno di majlis tersebut
Share |