Wednesday, August 5, 2009

Bintang GATA & Malam GALA : GATA Sipitang 2009

LUAR BIASA…Sambutan yang luar biasa kehadiran ribuan penonton yang hadir di Malam GALA Sipitang 2009.

RANCAK..Persembahan mantap Adam AF dan Bad Boy menghiburkan penonton yang hadir.

LUNAK…Suara lunak Joan Rampas memukau ribuan hadirin


JUARA…Sapawi diperhatikan Ahmad menyampaikan hadiah kepada Mulyadi muncul juara bintang GATA


TAHNIAH…Sapawi diperhatikan oleh Ahmad sedang menyampaikan hadiah kepada Abdul Rahman Mohd Noh mewakili UPKR Sindumin yang muncul johan bagi ketogari pejabat sempena GATA Sipitang 2009

KELUNAKAN suaran Mulyadi bukan setakat memukau ribuan penonton di padang pekan Sipitang tetapi juga membolehkannya untuk muncul sebagai juara Bintang GATA sempena Festival Gasing dan Tamu Besar (GATA) Sipitang 2009.
Peserta dari Papar ini mengondol hadiah wang tunai RM1,000 dan trofi. Beliau menewaskan saingan terdekatnya Awang Talipudin dari Kota Belud yang menduduki tempat kedua dan Norlina dari Beaufort menduduki tempat ketiga.
Awang Talipudin menerima RM700 dan trofi sementara Norlina pula membawa pulang RM500 dan trofi.
Kejayaan Mulyadi diteruskan oleh Kumpulan Three Ladies yang juga dari Sipitang untuk muncul sebagai juara bagi kategori berkumpulan.
Kumpulan itu menerima RM1,500 dan trofi manakala kumpulan Fantastic dari Sipitang menduduki tempat kedua dengan menerima RM1,000 serta trofi dan kumpulan Lock Heart juga dari Sipitang menduduki tempat ketiga dengan menerima RM700 beserta trofi.
Seramai sepuluh peserta bersaing untuk kategori solo manakala hanya lima kumpulan bersaing untuk kategori berkumpulan pada peringkat akhir.
Ahli Parlimen Sipitang yang juga Pengerusi Induk Jawatankuasa Festival GATA Sipitang 2009 Datuk Sapawi Ahmad dan wakil rakyat Sindumin Ahmad Bujang turut hadir dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Sementara itu padang pekan Sipitang turut dibanjiri lebih 20 ribu orang ramai untuik menyaksikan Malam Gala Gata yang mempertontonkan persembahan artis-artis popular dan tempatan.
Antara artis tersebut termasuklah Adam, Abi, Kimin Mudin dan Joan Rampas naib johan bintang RTM dan ratu cantik keamatan 2008
Sapawi yang turut hadir pada malam itu turut dihiburkan dengan kelucuan artis tempatan Abu Bakar Ellah atau Ampal.
Malam Gala Gata Sipitang 2009 itu juga turut diserikan dengan pertunjukan bunga api.-Oleh DZUL MOHD KASSIM

Share |