Wednesday, August 5, 2009

'Ingat GATA Ingat Sipitang'

HEBAT...Sapawi bersama ahli parlimen Labuan Datuk Yusof Mahal sedang bermain Kulintangan Sadaman daripada suku kaum Kadayan.

TRADISI...Musa terpukau dengan keunikan warisan budaya yang dipersembahan oleh ‘Bambo Band’ dari suku kaum Lundayeh.

TAHNIAH...Musa diperhatikan oleh Sapawi menyampaikan piala kepada Pengurus Besar SLDB bagi kategori gerai terbaik di festival GATA tersebut.


GIMIK...Gasing besar berpusing dengan dilengkapi gambar-gambar akitiviti Gata Sipitang yang lalu



BAKAT TERPENDAM...Musa bersama Sapawi, Kamarlin dan Ahmad sedang memusingkan gasing secara serentak dengan seribu orang pelajar di majlis tersebut.

SEPERTI yang diharapkan, Festival Gasing dan Tamu Besar (Gata) Sipitang kali keempat tetap tidak jauh bezanya dengan tiga penganjurannya sebelum ini dan festival itu tetap menggamit ribuan orang, bukan hanya dari negeri ini tetapi juga dari luar negara, berkunjung dan membanjiri pekan Sipitang.
Secara rasminya Gata 2009 dianjurkan selama tiga hari bermula 31 Julai dan berakhir 2 Ogos, namun pekan Sipitang mula menerima kunjungan seminggu sebelum penganjuran secara rasminya bermula. Sekaligus mendorong penganjur bagi merencanakan beberapa acara untuk diadakan sebelum penganjuran secara rasminya bermula.
Ketua Menteri Datuk Musa Aman merasmkan penangguhan Gata yang dianjurkan dua tahun sekali itu manakala Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad yang merupakan pencetus idea penganjuran Gata merasmikan pmbukaan festival tersebut.
Seperti kata Ketua Menteri betapa Gata berupaya memupuk persefahaman dan perpaduan antara kaum selain membantu meningkatkan sumber pendapatan penduduk setempat, Gata mengiyakan kata-kata itu.
Ruang yang memperlihatkan persefahaman dan perpaduan itu dapat disaksikan apabila suku kaum yang ada di Sipitang bermuafakat, sepakat, bekerjasama dan saling berusaha memastikan Gata dilaksanakan dengan penuh kemeriahan.
Hal yang sama juga disuarakan oleh Datuk Sapawi Ahmad yang turut melahirkan rasa bangga dengan persefahaman serta perpaduan yang diperlihatkan oleh rakyat Sipitang.
Hakikatnya persefahaman serta perpaduan itulah yang membolehkan perancangan menjadikan Sipitang maju dan membangun dapat dilaksanakan. Meskipun perlahanan, namun ia pasti menjadi hakikat dan Sipitang pada kali ini ternyata mula mengalami perubahan.
`Ingat Gata Ingat Sipitang’ pastinya menjadi slogan kepada mereka yang telah merasai penganjuran Gata sebelum ini dan sambutan Gata pada kali ini, pasti sahaja mengimbau kenangan lalu dan yang pasti mendorong untuk berkunjung ke Sipitang.
Seperti penganjuran yang sebelumnya, Gata yang pertama kali diperkenalkan pada 2003 tetap menyenaraikan beberapa acara menarik dan gasing tetap menjadi acara utama kepada festival tersebut. Namun penganjuran tetap tidak hanya menumpukan kepada gasing semata-mata dan turut memperkenalkan beberapa acara lain.
Mungkin tidak dinafikan betapa Sipitang merupakan sebuah daerah yang kaya dengan kebudayaan tradisi dan kebudayaan itulah yang bakal meletakkan Sipitang sebagai destinasi pelancongan kebudayaan ‘Melestarikan Warisan Budaya’..
Dan inilah harapan yang diluahkan oleh Sapawi selain turut berharap rakyat pelbagai kaum di Sipitang terus mengekalkan dan meningkatkan lagi persefahaman serta perpaduan yang sedia. Sekaligus mengiyakan konsep Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
`Daie Sipitang Kuan Biskita’ kekal sebagai tema Gata dan tema ini juga memperlihatkan persefahaman serta perpaduan yang sedia ada di kalangan rakyat pelbagai kaum.
Apapun Gata kelima, dua tahun akan datang, pasti sahaja menjadi tungguan kepada orang ramai.

Share |