Friday, August 14, 2009

Usah Panik Segera Jumpa Doktor!


CERIA...Sapawi merakamkan kenangan bersama Ahli Lembaga Pelawat Hospital Sipitang sempena majlis tersebut.



SOKONGAN...Sapawi diiringi oleh Dr. Eddy Tong menyaksikan orang ramai menderma darah di majlis tersebut.

TAHNIAH...Sapawi menyampaikan hadiah kepada Abdul Lamit Ahmad salah seorang pederma darah di majlis tersebut.


SUMBANGAN...Sapawi menyampaikan dua set televisyen kepada Pengarah Hospital Sipitang Dr. Eddy Tong.


SIPITANG: Usah Panik tetapi segera bertemu dengan doktor.
Nasihat itu diluahkan oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad ketika merasmikan sempena kempen kesedaran penderma organ dan derma darah di perpustakaan daerah di sini kelmarin.
“Jia ada tanda-tanda dijangkiti H1N1 atau selesma Babi segeralah berjumpa dengan doktor dan ikuti nasihat doktor,”Katanya.
Beliau berkata nasihat pihak berkuasa juga perlu dipatuhi.
Menurutnya masalah H1N1 ketika ini mencetuskan kebimbingan tetapi orang ramai tidak perlu panik.
Apa yang penting, katanya orang ramai mengambil langkah-langkah perlu termasuklah menjaga kebersihan diri.
Mengenai Kempen kesedaran menderma organ dan derma darah di kalangan masyarakat perlu dipergiatkan.
Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata sikap masyarakat terhadap kempen itu masih belum mencapai tahap yang memuaskan.
“Perkara ini berlaku kerana timbulnya kekeliruan di kalangan masyarakat dan ia perlu diberikan penjelasan di mana kempen seumpama ini perlu dipergiatka,”
Kempen anjuran Lembaga Pelawat Hospital Sipitang itu turut dihadiri oleh Pengarah Ketua Jabatan Dan Pakar Perunding Anestesiologi, Dewan Bedah Dan Rawatan Rapi Sabah Dr Lily Ng, Pengarah Hospital Sipitang Dr. Eddy Tong, Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh dan Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Sipitang Sue See Teng,
Sapawi berkata masyarakat tidak seharusnya merasa bimbang untuk menjadi ahli penderma organ dan juga menjadi ahli penderma darah.
Katanya langkah menjadi ahli merupakan sikap yang harus dibanggakan kerana ia merupakan sumbangan yang amat bermakna khususnya mereka yang memerlukannya.
Menurutnya menderma darah atau organ akan menyelamat nyawa seseorang “dan inilah yang harus diberikan pujian dan dibanggakan.”
Beliau berkata yang menjadi ahli menderma organ dan ahli menderma darah adalah mereka yang bersikap prihatin.
“Mereka ini melakukan pengorbanan yang sukar untuk dinilai kerana apa yang mereka dermakan itu mampu menyelamatkan nyawa seseorang,” katanya dan menambah nilai derma itu melebihi dengan nilai menderma wang ringgit.
Sambil memuji penganjur mengadakan program seumpama itu Sapawi berharap agar orang ramai sedar betapa bermaknanya sumbangan mereka sekiranya menjadi ahli menderma organ dan menderma darah.
“Bagi mereka yang memerlukannya, derma itu amat besar buat mereka,” katanya lagi.
Share |