Sunday, November 8, 2009

Masyarakat Harus Bekerjasama Dengan Pihak Berkuasa


SOKONGAN…Sebahagian penduduk kampung yang hadir di majlis tersebut.


BAKTI…Sapawi menyampaikan sumbangan sosial daripada Kastam kepada salah seorang yang layak menerima di majlis tersebut.

MUSNAH…Sapawi bersama Hassim (duadari kanan) diperhatikan oleh Yusop sedang membakar rokok seludup yang tidak membayar cukai di majlis tersebut.


SIPITANG: Masalah penyeludupan dan penyelewengan hasil negara mampu diatasi dengan wujudkan kerjasama antara pihak berkuasa dengan masyarakat.
Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata penyeludupan dan penyelewangan hasil negara mampu membantutkan perkembangan ekonomi negara.
“Sebab itulah amat penting bagi kita membantu pihak berkuasa bagi menghalangan kegiataan seumpama itu,” katanya pada majlis pelancaran khidmat bakti masyarakat Kastam Diraja Malaysia Sabah di Kampung Kuala Mengalong dekat sini kelmarin.
Beliau berkata usaha yang dilakukan oleh kastam dan juga pihak berkuasa sudah tentu akan lebih berkesan jika masyarakat memainkan peranan dengan membantu menghalang kegiataan seumpama itu.
Katanya masyarakat boleh membantu dengan memberi maklumat sekiranya tahu akan adanya kegiatan penyeludupan.
“Kegiatan itu tidak boleh dibiarkan, jika ekonomi negara terbantut, kesannya akan turut dirasai oleh rakyat secara menyeluruh…kerana itu setiap kita harus mempunyai kesedaran dan tanggungjawab,” katanya dan menambah sikap membisu dan tidak peduli hendaklah diketepikan.
Justeru itu Sapawi berkata langkah kastam mengadakan program seumpama itu merupakan satu langkah yang amat tepat.
Katanya program seumpama itu bukan sekadar dapat memberi ruang dan peluang kepada kastam bagi menerangkan dan memperjelaskan peranan serta fungsi jabatan itu tetapi juga membuka pintu ke arah mewujudkan kerjasama dengan masyarakat.
“Program seumpama ini wajar dilaksanakan pada masa-masa akan dating bagi membolehkan rakyat bukan sekadar memahami tetapi mempunyai hubungan yang baik dengan kastam,” katanya lagi.
Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Penolong Ketua Pengarah Kastam Malaysia Datuk Mohd Hassim Pardi, Pengarah Kastam Sabah Datuk Mohd Yusop Mansor, Penolong Pegawai Daerah Sipitang Matlin Dullah, Ketua Daerah Sipitang Arif Ismail dan Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh.

Share |