Sunday, November 15, 2009

Pendidikan Teras Kemajuan Dan Pembangunan Negara


SOKONGAN PADU…Sebahagian ibubapa yang menghadiri majlis tersebut.


CEMERLANG…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin dan Ahmad menyampaikan Plak kanank-kanak cemerlang hari potensi peringkat kebangsaan kepada Mohd Farhan Bryan Korn Faizal di majlis tersebut.

SIPITANG: Pendidikan merupakan teras kepada kemajuan dan pembangunan sesebuah negara, kata Datuk Sapawi Ahmad.
Ahli Parlimen Sipitang itu memberitahu tanpa pendidikan sesebuah negara itu tidak mungkin berupaya mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam semua aspek.
“Malah sesebuah negara yang tidak menjadikan pendidikan sebagai keutamaan bukan sahaja akan ketinggalan tetapi akan mudah untuk dipergunakan,” katanya.
Sehubungan dengan itu Beliau berkata kerajaan telah meletakkan pendidikan sebagai satu keutamaan dan sentiasa dipastikan terus berkembang serta mampu dinikmati oleh rakyat secara menyeluruh di negara ini.
Berucap pada majlis penyampaian sijil tabika dan taska Kemas Parlimen Sipitang di sini kelmarin, Sapawi berkata pendidikan awal khususnya pada peringkat pra sekolah turut diletakkan sebagai perkara yang penting.
Katanya pendidikan awal seperti pra sekolah adalah asas untuk membina semangat cintakan pelajaran dan membina keinginan bagi menimba serta memiliki ilmu yang tinggi.
Menurutnya langkah Kemas dalam memberi perhatian terhadap pendidikan awal itu merupakan satu sumbangan yang amat bernilai.
“Kita berbangga dengan usaha Kemas dalam memperkenalkan pendidikan awal pra sekolah khususnya pada masyarakat luar bandar.
“Ia bukan sahaja memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak di luar bandar bagi mengikuti pendidikan awal tetapi juga membantu usaha mengembangkan pembangunan pendidikan,” katanya lagi.
Beliau berkata usaha Kemas sewajarnya dihargai dan tidak dipersia-siakan oleh masyrakat khususnya ibu bapa.
Menurutnya ibu bapa wajar memberikan sokongan agar anak-anak mereka dapat menikmati pendidikan awal tersebut.
Hadir sama pada majlis itu termasuklah Wakil Rakyat Sindumin Ahmad Bujang,Wakil Rakyat Lumadan kamarlin Omb, Pemangku Kemas Negeri Anisah Binti Saidin, Pegawai KemasSipitang Maimunah Latip dan Pengerusi Tabika dan Taska Kemas Sipitang Manan Katak.
Share |