Monday, November 16, 2009

Sang Kebajang Juara Piala Adun Lumadan


Sapawi dan Kamarlin sambil diperhatikan oleh jawatankuasa penganjur Ustaz Said menyampaikan Piala dan Hadiah kepada pasukan Sang Kebajang yag muncul johan keseluruhan.



Kelihatan Sapawi dan Kamarlin merakamkan kenangan dengan pasukan masing-masing sebelum sepak bola bermula.


BEAUFORT: Sang Kebajang muncul sebagai juara keseluruhan Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Piala Muhibbah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lumadan di Padang Sekolah Kebangsaan Gadong kelmarin.
Pasukan itu muncul sebagai juara keseluruhan apabila menewaskan pasukan Warisan Beringgin pada pertemuan juara antara juara dengan keputusan 1-0.
Sang Kebajang sebelum itu menjuarai bahagian Menang sementara Warisan Beringgin pula menjuara bahagian kalah.
Poring Youth menduduki tempat kedua bahagian menang manakala Marabah dan Lumadan masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat bahagian tersebut.
Dalam bahagian kalah pula Gabungan FC menduduki tempat kedua manakala Modaf FC dan Kebana FC masing-masing tempat ketiga dan keempat.
Sempena perlawanan akhir itu, Pasukan Vateran Parlimen Sipitang dan Vateran Lumadan telah mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak yang turut disertai oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad dan Wakil Rakyat Lumadan Kamarlin Ombi
Share |