Saturday, May 22, 2010

Kursus Membuat Kek,Pastri Dan Biskut


CERIA…Sapawi merakamkan kenangan bersama-sama peserta kursus sambil menunjukkan isyarat 1 Malaysia sempena majlis tersebut.



RASMI…Sapawi bersama Yassin dan Matlin serta tetamu lain sedang memotong kek tanda rasmi majlis tersebut.


SIPITANG:Nilai kemampuan dan kemahiran diri sebelum buat keputusan ceburi sebarang kerjaya.

Itulah nasihat Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad kepada golongan belia pada majlis penyampain sijil krusus membuat kek, pastri dan biskut di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Penolong Pegawai Daerah Sipitang Matlin Dullah, Pegawai Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Bahagian Sipitang Yassin Omar, Pegawai KBS Sipitang Ibrahim Kineh dan Pegawai Kemajuan Masyarakat Sindumin Richard Kamtan.

Sapawi berkata golongan belia harus tidak terpengaruh dengan teman atau orang lain dlam memilih kerjaya untuk diceburi.

“kita perlu komited dan yakin dalam memilih kerjaya bukan dipengaruhi atau terpengaruh oleh sesiapa,”katanya.

Bagi mencapai kejayaan,katanya,seseorang itu perlu komited dan membuat perancangan yang strategik serta fokus dalam membuat bidang yang diceburi.

Beliau berkata tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan sebaliknya seseorang perlu sentiasa tingkatkan kemahiran diri.

Sehubungan dengan itu Sapawi berkata kursus yang dihadiri oleh 35 peserta anjuran Jabatan Belia dan Sukan itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

“Ilmu yang diperolehi bukan sekadar menambahkan pengetahuan tetapi juga untuk kemahiran diri,”katanya.


Share |