Thursday, July 1, 2010

Belia Weston, Beaufort


ASET…Sapawi merakamkan kenangan bersama-sama peserta sejurus tamat kursus tersebut.



TAHNIAH….Sapawi menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta terbaik Angnes Manon di majlis tersebut.


CERIA…Sapawi menyampaikan sijil kepada wakil peserta tunggul lelaki Sari Ismail di majlis tersebut.


WESTON (Beaufort): Golongan belia perlu berani untuk meningkatkan pencapaian diri dengan berusaha menimba ilmu bagi mencapai kejayaan dan kecemerlangan.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata usaha itu termasuklah meningkatkan lagi kemahiran diri yang sedia ada.

“Langkah ini penting kerana belia yang berkemahiran memiliki peluang yang lebih baik berbanding mereka yang tidak mempunyai kemahiran,” katanya pada majlis penutupan kursus kemahiran belia membuat Kek, Pastri an Biskut di Pusat Komuniti BDD Anjung Bestari sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Pegawai Kementerian Belia dan Sukan Sipitang Yassin Omar, Pegawai Kementerian Belia dan Sukan Beaufort Nordin Ismail, Pengerusi Persatuan Belia Weston Zainal Abidin Omar dan Pegwai Perhubungan Ahli Parlimen Sipitang Matbali Musah Ali serta 30 peserta.

Sapawi berkata ilmu kemahiran itu boleh dipertingkatkan dengan menyertai pelbagai kursus atau program yang dianjurkan.

Bagaimanapun Sapawi berkata ilmu yang diperolehi itu hendaklah dipergunakan dan tidak disimpan sehingga ianya tidak memberi sebarang manfaat.

Katanya golongan belia perlu berani menghadapi pelbagai saingan dan cabaran dalam usaha mencapai kejayaan serta kecemerlangan.

“Apa juga kerjaya yang diceburi termasuklah dalam bidang keusahawanan, perkara penting yang harus ada ialah kekuatan berani menghadapi saingan dan juga cabaran,” katanya dan menambah ilmu kemahiran juga perlu dimiliki.


Share |