Saturday, July 3, 2010

Penyampaian Hadiah Program Juara Rakyat Belia Dan Sukan


CERIA…Sapawi menyampaikan hadiah johan pertandingan bola tampar wanita kepada wakil pasukan Plus Mendulong

TAHNIAH…Sapawi diperhatikan oleh Pengerusi Penganjur Ramli Awang Said (kiri) menyampaikan hadiah johan pertandingan liga Fustal Ketua Umno Sipitang kepada wakil pasukan Yahol FC.



AZAM…Sapawi menyampaikan hadiah kepada johan pertandingan sepak takraw kepada wakil pasukan Gabungan Pelakat.



TEKAD…Sapawi menyampaikan hadiah kepada johan pertandingan bola tampar kepada wakil pasukan Weston B.



SEMANGAT…Sapawi menyampaikan hadiah kepada naib johan pertandingan sepak takraw kepada wakil pasukan persatuan sepak takraw Sipitang E.


SIPITANG: Program sukan berupaya membentuk daya saing seseorang untuk berusaha lebih gigih kea rah mencapai kejayaan.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata generasi yang berdaya saing berupaya menghadapi pelbagai cabaran.

“Sukan adalah antara cara terbaik bagi membentuk daya saing seseorang,” katanya ketika ditemui selepas penyampaian hadiah Liga Futsal Piala Ketua Umno Bahagian Sipitang di sini kelmarin.

Beliau juga memberitahu sukan juga menjadi landasan ke arah memupuk persefahaman dan juga perpaduan kaum.

Pada liga itu, pasukan Yahol FC muncul sebagai juara untuk menerima RM1,000 bagi kategori lelaki dengan Bukau A pula menjuarai kategori wanita dan menerima RM500.

Sipitang KJK dan Tamalang Along menduduki tempat kedua dan ketiga bagi ketagori lelaki. Masing-masing menerima RM700 dan RM500 berserta piala. Sementara MAB FC menduduki tempat keempat bagi menerima RM500.

Bagi kategori wanita, pasukan Kinaman Yak menduduki tempat kedua untuk menerima RM300 dan piala manakala FMS Sipitang tempat ketiga menerima RM200 dan piala. Pasukan Hantap Majal menduduki tempat keempat menerima RM100.

Sebanyak 24 pasukan bersaing dalam kategori lelaki sementara sembilan pasukan pula bersaing bagi kategori wanita.

Bagi pertandingan sepak takraw pula, Gabungan Pelakat muncul sebagai juara untuk menerima RM500 dan piala manakala Persatuan Sepak Takraw Sipitang E menerima RM300 dan piala untuk tempat kedua.

Tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh Persatuan Sepak Takraw Sipitang C dan Putera II. Masing-masing menerima RM300 dan RM100.

Pasukan Weston B menjuarai pertandingan bola tampar lelaki dengan menerima RM500 dan piala dengan pasukan Weston A tempat kedua menerima RM300.

Pasukan PSV menduduki tempat ketiga meraih RM200 dan piala sementara pasukan Kaban menduduki tempat keempat menerima RM100.

Bagi ketagori wanita pula dimenangi oleh pasukan Plus Mendulong untuk meraih RM500 dan piala sementara NRLZ Lumadan tempat kedua dengan menerima RM300 beserta piala dan SFI serta FMS masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat bagi menerima RM200 dan RM100.


Share |