Thursday, July 15, 2010

Persidangan Umno Sipitang


DIHARGAI…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin (kanan) menyampaikan cenderakenangan kepada Bung Mokthar sejurus perasmian mesyuarat Umno Sipitang.



KENANGAN…Sapawi bersama Kamarlin Omnbi, Ahmad Bujang, Surinam Sadikun,Yamani Hafez Musa dan Maimunah Sidek mengambil kesempatan merakamkan kenangan dengan Bung Mokthar dan Zizie.



SEPAKAT…Sebahagian pemimpin parti kompenan Barisan Nasional (BN) yang hadir di majlis tersebut.



MESRA…Bung Mokthar diiringi oleh Sapawi bersalaman dengan sebahagian AJK Umno Sipitang sejurus tiba di majlis tersebut.



SOKONGAN…Sebahagian pemerhati dan perwakilan yang hadir di majlis tersebut.


Ahli-ahli dan pemimpin UMNO perlu terus berpegang kepada prinsip berjuang untuk kepentingan parti kan rakyat dengan mengetepikan kepentingan peribadi. Ini kerana pemimpin sentiasa datang dan pergi dan yang tinggal hanyalah prinsip perjuangan dan parti UMNO.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Bung Mokhtar Raden berkata prinsip mengutamakan kepentingan parti tidak perlu dipersoalkan lagi kerana selagi parti UMNO kuat dan terus berkuasa, agenda pembangunan negara,rakyat tetap terbela.
Katanya,setiap ahli UMNO perlu akur dan menyokong pemimpin yang telah dipilih bagi memastikan agenda perjuangan UMNO berjalan lancar.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sipitang, di Dewan Masyarakat Sipitang.
Katanya rasa tidak puas hati, kelemahan dan kekurangan kepada seseorang pemimpin adalah lumrah dan ia perlu ditegur dengan bijaksana agar tidak mengeruhkan keadaan.
Datuk Bung Mokhtar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan juga berharap agar pemimpin UMNO lebih kerap turun padang dan meninjau menyelesaikan masalah rakyat, selain mendekati golongan muda untuk mendaftar sebagai pengundi dan ahli UMNO.
Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Ketua Umno sipitang Datuk Hj Sapawi Hj Ahmad berkata, setiap pemimpin perlu sentiasa meneliti semula semua pencapaian dan kelemahan setiap tahun agar ia boleh diperbaiki.
Selain itu mereka perlu sentiasa mengadakan pelbagai program dan membantu golongan muda agar mereka mengetahui hasrat dan perjuangan UMNO yang sebenar.Kelalaian berbuat demikian akan hanya memberi peluang kepada parti pembangkang untuk mempengaruhi golongan muda dengan pelbagai agenda yang mengelirukan.
Katanya UMNO Sipitang tetap setia dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri dan Timbalannya demi memastikan UMNO terus kuat, relevan dan diterima oleh rakyat.


Share |