Thursday, August 19, 2010

Lawatan LKTNS Ke Indonesia


NIKMAT ALAM…Sapawi bersama rombongan LKTNS mengabadikan kenangan di Taman Bunga Nusantara, Bandung.



IKAN SEGAR…Sapawi diperhatikan oleh rombongan LKTNS memegang ikan air tawar yang terdapat di kolam ikan Aldepos, Bogor.



KENANGAN…Rombongan LKTNS kenangan di Bandung sebelum bertolak ke Jakarta.



TEKNIK…Sapawi dan Pengurus Besar SLDB Jhuvvari Majid (kanan) melihat sendiri teknik memerah susu lembu secara manual di Ladang Lembu Sumber Cita Rasa Alam, Kampung Babakan Desa Ciherang Pondok, Bogor.



MUSIM BUAH…Sapawi dan rombongan merasai sendiri memetik buah jambu Jamaica yang berkualiti tinggi di ladang Aldepos Salaca, Bogor.



LAWATAN Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) ke Indonesia bukan sekadar mengeratkan hubungan diplomatik negara yang sedia ada tetapi turut memberi pengalaman dan menambahkan lagi pengetahuan agensi Kerajaan Negeri itu khususnya dalam sektor komiditi.

Rombongan LKTNS yang disertai Adun Lumadan kamarlin Ombi ,Timbalan Pengerusi LKTNS Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin, Pengurus Besar LKTNS Jhuvarri Bin Majid, Setiausaha Lembaga LKTNS Jilis Ismail, Ketua Pegawai Operasi LKTNS Muhd Adzli Teo, Pegawai Daerah Sipitang Abdul Wahap Abdul Hamid serta Datuk Mohd Kamil Datuk Mohd Kassim, Basrah Abdul Rahman, Norbert Chin terdiri daripada Ahli Lembaga Pengarah dan pegawai-pegawai kanan LKTNS itu diketuai oleh pengerusinya Datuk Sapawi Ahmad, selama lima hari bermula 22 Julai dan berakhir 27 Julai.

“Lawatan itu memberi pengalaman dan pengetahuan bermakna khususnya dalam mempertingkatkan usaha LKTNS dalam bidang perladangan, perikanan dan juga pelancongan,” kata Sapawi.

Antara pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi termasuklah mengenai teknologi yang digunakan di negara tersebut dalam bidang perladangan dan juga perikanan. Selain itu rombongan juga dapat melihat sendiri selain didedahkan mengenai system pengurusan dan pelaksanaan yang digunapakai bagi bidang perladangan dan juga perikanan di negara tersebut.

“Ia berguna kepada kita khususnya dalam meningkatkan usaha dalam bidang pertanian dan perladangan di Sabah,” kata Sapawi.

Antara tempat yang dikunjungi oleh rombongan LKTNS itu termasuklah di Resort Tapos Bogor. Selain melihat tanaman di resort tersebut, rombongan juga berpeluang melihat kolam penternakan ikan dan tanaman buahan seperti jambu yang berkualiti tinggi.

Selain di Resort Tapos, rombongan juga melawat ladang lembu iaitu Sumber Citarasa Alam Farm di Bogor dan juga Taman Bunga Nusantara di Bandong.-Oleh Dzul Mohd Kassim.



Share |