Thursday, August 19, 2010

Sumbangan Masjid Dan Surau Bagi Dun Sindumin Parlimen Sipitang


IKHLAS…Sapawi dan Ahamd diperhatikan oleh Maimunah dan Hafez menyampaikan sumbangan kepada Sarjan Kassim Haji Sebli wakil surau Al-Rahman, Ibu Pejabat Polis Sipitang.



SUMBANG…Sapawi diperhatikan Ahmad dan Kamrlin menerima sumbangan sosial berbentuk kurma dan kopi daripada Penolong Pengurus Maybank Cawangan Sipitang Patrik Angkui

IKHLAS…Sapawi dan Ahmad diperhatikan oleh Maimunah san Hafez menyampaikan sumbangan kepada Timbalan Pengerusi Masjid Jamek Mesapol Awang Yahya.


SIPITANG: Umat Islam disaran agar menjadikan Ramadan sebagai landasan ke arah memperkukuh dan mmpertingkatkan persefahaman serta kerjasama yang sedia ada.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata pertelagahan dan perseslisihan berpanjangan hanya merugikan umat Islam.

“Tiada keuntungan yang diperolehi oleh umat Islam jika memilih untuk terus bertelagah dan berselisih…tiada keuntungan sebaliknya hanya merugikan,” katanya pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada masjid dan surau bagi Dun Sindumin Parlimen Sipitang di Pejabat Kemas di sini kelmarin.

Menurutnya pertelagahan dan perselilsihan berpanjangan itu juga member kesan kepada generasi muda Islam sendiri.

Katanya kesan itu pula bukan mudah untuk diperbaiki apabila ianya menjadi parah dan yang akan turut menanggung ialah generasi muda Islam.

Beliau memberitahu umat Islam pada ketika ini berdepan dengan pelbagai cabaran getir yang memerlukan persefahaman serta kerjasama yang ada diperkukuh dan dipertingkatkan.

“Kita akan menjadi umat yang ketinggalan, mudah dipergunakan dan juga mundur…jika ini berlaku bukan mudah untuk kita kembali bangun dan memajukan diri,” katanya dan menambah musuh Islam sentiasa berusaha memecahbelahkan umat Islam menerusi pelbagai cara.

Menurutnya ia termasuklah memastikan umat Islam terus bertelagah dan berselisih sesama sendiri.

Sapawi turut menggesa umat Islam untuk menjadikan Ramadan sebagai landasan bagi menilai pencapaian masing-masing.

Katanya ia termasuklah menghapuskan sikap boros apabila berbelanja terutamanya ketika hendak menyambut musim perayaan.

“Sikap boros merupakan salah satu kelemahan di kalangan umat Islam dan ini tidak harus diamalkan,” katanya lagi.

Pada majlis itu sebanyak 10 buah masjid dan 25 surau dalam Parlimen Sipitang menerima sumbangan bagi mengendalikan aktiviti masing-masing sepanjang bulan Ramadan.


Share |