Sunday, August 22, 2010

Berbuka Puasa Bersama Pengerusi Masjid & Surau Dun Lumadan, Parlimen Sipitang


SUMBANGAN…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin menyampaikan sumbangan beras daripada Bernas kepada pengerusi masjid Lubuk, Weston Masri Latif.



IHKLAS…Sapawi dan Kamarlin menyampaikan sumbangan sempena bulan Ramadan kepada salah seorang pengerusi masjid Jumadin Jisin di majlis tersebut..



CERIA…Sebahagian Pengerusi Masjid dan Surau serta AJK Umno Bahagian Sipitang yang di majlis tersebut.


BEAUFORT: Umat Islam dinasihatkan agar mengamalkan sikap sederhana dan mengelak daripada boros berbelanja.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata kehadiran Ramadan sewajarnya dijadikan landasan oleh umat Islam dalam memperkatikkan kehidupan sederhana dan bersikap jimat cermat.

“Kadang-kala umat Islam lupa untuk berjimat cermat khususnya dalam berbelanja bagi juadah berbuka dan sewaktu membuat persiapan menyambut Aidil Fitri…sikap boros memberikan kesan negatif kepada umat Islam sendiri,” katanya di sini kelmarin.

Berucap pada majlis berbuka puasa di majlis berbuka puasa dan penyampain sumbangan masjid dan surau bagi Dun Lumadan, Parlimen Sipitang di dewan terbuka Sekolah Menengah Voksional sini kelmarin, Sapawi memberitahu kesejahteraan dan kehidupan yang selesa akan dapat dinikmati oleh umat Islam mengamalkan sikap sederhana dan berjimat cermat.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Adun Lumadan Kamarlin Ombi, Ketua Daerah Beaufort Junli Yusof, Pegawai Tabir Jheains Beaufort Bidin, Pegawai Perhubungan Parlimen Sipitang merangkap Pengerusi Pelaksana Matbali Musah.

Sapawi memberitahu sikap seumpama inilah juga yang dituntut dalam agama Islam itu sendiri.

“Berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi juga mengajak umat Islam mengamalkan sikap berjimat cermat dan menjalani kehidupan yang sederhana,” katanya dan menambah Ramadan juga wajar dijadikan sebagai asas oleh umat Islam untuk memperkukuhkan persefahaman dan perpaduan yang sedia.

Menurutnya dengan cabaran getir yang harus dihadapi, umat Islam harus bersatu untuk membentuk kekuatan dan keutuhan.

Katanya umat Islam harus sedar bahawa musuh-musuh Islam sentiasa berusaha untuk menghancurkan Islam dengan pelbagai cara.

“Cara itu termasuklah cuba mempengaruhi umat Islam untuk mengamalkan sikap boros dan turut berusaha mempengaruhi umat Islam untuk tidak menjalani kehidupan sederhana,” katanya lagi.

Pada majlis itu Sapawi dan Kamarlin turut menyampaikan sumbangan sempena bulan ramadan kepada 32 masjid dan 31 surau bagi Dun Lumadan, Parlimen Sipitang.


Share |