Tuesday, August 31, 2010

Berbuka Puasa Di Kg Batu 7, Sipitang



MEMBINA KEKUATAN…Umat Islam disaran agar menjadikan kehadiran Ramadan sebagai asas untuk memperkukuhkan perpaduan dan juga persefahaman.

Saranan itu diluahkan oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad sewaktu menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Batu 7, Sipitang kelmarin.

“Umat Islam ketika ini berdepan dengan pelbagai cabaran getir dan untuk menghadapinya, kita harus bersatu dengan memperkukuh perpaduan dan persefahaman yang sedia ada,” katanya lagi.

Selain berbuka puasa dan beramah mesra dengan umat Islam di Kampung itu, Sapawi turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan sunat terawih di surau kampung tersebut.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Wakil Rakyat Sindumin Ahmad Bujang, Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh, Ketua Daerah Sipitang Arif Ismail, Ketua Polis Sipitang DSP Jamaludin Ali dan iman Safar Mumin serta Ketua Amil Sipitang Jismil Yakub.

Kelihatan Sapawi diperhatikan oleh Ahmad menyampaikan wang zakat fitrah kepada salah seorang yang layak menerima di majlis tersebut.


Share |