Wednesday, September 1, 2010

Sambutan Merdeka Peringkat Kg Jaya Baru, Lumadan


PATRIOTIK…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin (tengah) menyampaikan cenderakenangan kepada pejuang kemerdekaan Jakim Kimin,88, di majlis tersebut.




LUMADAN (Beaufort): Generasi muda perlu mengetahui sejarah perjuangan dalam mencapai kemerdekaan negara ini.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata bukan mudah untuk negara mencapai kemerdekaan.

“Para pejuang kemerdekaan telah melakukan pengorbanan yang besar bagi memastikan negara mencapai kemerdekaan dan hasil kemerdekaan itulah kita dapat menikmati kehidupan yang makmur dan harmoni,” katanya pada majlis berbuka puasa dan Sambutan Hari kemerdekaan ke-53 peringkat Kampung Jaya Baru di perkarangan rumah Jakim Kimin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Wakil Rakyat Lumadan merangkap Timbalan Ketua Umno Sipitang Kamarlin Ombi, Ketua Daerah Beaufort junli Yusuf, Pemimpin Kemajuan Rakyat Lumadan Ahmad Mumin, Pegawai Perhubungan Parlimen Sipitang Matbali Musah, Ketua Pemuda Umno Sipitang Yamani Hafez Musa dan Ketua Umno Zon Lumadan Muanam Mujiarto.

Sapawi berkata pengorbanan besar yang dilakukan oleh para pejuang seharusnya dijadikan azimat untuk generasi muda dan masa kini memastikan kemerdekaan negara tidak tergugat.

Katanya ketika ini pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu yang mencabar keharmonian pelbagai kaum negara ini.

Menurutnya usaha yang dilakukan itu sebenarnya cuba untuk memusnahkan kemerdekaan negara.

“Cara dan usaha yang mereka lakukan termasuklah mempengerahui dan mempergunakan generasi muda…ingat sekali kita silap bukan mudah untuk memperbaikinya,” katanya dan menambah negara yang kemerdekaannya musnah amat sukar untuk kembali mencapai kemerdekaan.

Beliau berkata generasi muda dan masa kini perlu bersyukur kerana kebijaksanaan para pemimpin membolehkan kemerdekaan itu dipertahankan dan dikekalkan.

Namun, katanya, tanpa sokongan daripada rakyat khususnya generasi muda sudah tentu usaha yang dilakukan tidak mencapai hasrat sebenar.


Share |