Thursday, September 2, 2010

Berbuka Puasa Bersama Warga Polis Sipitang


Mohd Shariff diperhatikan oleh Sapawi dan Ahmad menyampiakan sumbangan beras dan wang tunai kepada balu-balu anggota polis Sipitang.


Sapawi diperhatikan oleh Mohd Sharif (empat dari kanan) menyampaikan sumbangan sejadah kepada Jamaludin bagi pihak Surau Al-Rahman IPD Sipitang.


SUMBANGAN ZAKAT…Pusat Zakat Sabah menyumbangan sejadah untuk surau Al-Rahman Ibu Pejabat Polis Sipitang petang kelmarin.

Sumbangan itu diserahkan oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad.

Hadir sama pada majlis itu termasuklah Wakil Rakyat Sindumin Ahmad Bujang, Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah ACP Mohd Shariff Abdul Wahid, Ketua Polis Sipitang DSP Jamaludin Ali, Ketua Daerah Sipitang Arif Ismail,Wakil Pegawai Daerah Sipitang Zulkefli Ahamd, Iman Daerah Sipitang Rafahi Salleh,Penolong Tadbir Agama Jheains Sipitang Mohd Hafidz Ahmad, Pegawai Perhubungan Parlimen Sipitang Matbali Musah dan Ketua Pemuda Umno Sipitang Yamani Hafez Musa.

Sapawi yang juga Ketua Umno SIpitang menghargai tugas anggota polis turut menunaikan solat Isyak dan Sunat Tarawih.


Share |