Friday, September 3, 2010

Ziarah Orang Sakit Sempena Ramadan


ZIARAH RAMADAN…kesibukan dengan program aktiviti dalam bulan ramdan yang dilaksanakan dan harus untuk dihadiri tidak menghalang Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad bagi bertandang ke kediaman Ramlan Awang Adi malam kelmarin.

Kunjungan ketua Umno Sipitang itu bertujuan untuk melawat Sawintan Binti Koromoh di kampung Lumadan Hulu, Beaufort.

Sawintan,88, yang terlantar sakit sejak dua bulan lalu akibat sakit tekanan darah tinggi menyebabkan kedua belah kakinya tak dapat bergerak seperti biasa.

Sambil berharap agar keluarga Ramlan bersabar dan sentiasa berdoa agar Sawintan kembali sembuh, Sapawi turut menyampaikan sumbangan peribadi pada kunjungan tersebut.

Kunjungan tersebut turut dihadiri wakil rakyat Lumadan merangkap Timbalan Ketua Umno Sipitang Kamarlin Ombi, Pemimpin Kemajuan Rakyat Lumadan Ahmad Mumin, Pegawai Perhubungan Parlimen Sipitang Matbali Musah, Ketua Pemuda Umno Sipitang Yamani Hafez Musa dan Ketua Umno Zon Lumadan Muanam Mujairto.


Share |