Tuesday, September 28, 2010

Info Bestari Komuniti Bestari Pekan Weston


SERAH...Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin menyampaikan replika kunci gelanggang serba guna futsal kepada wakil belia Pekan Weston Zainal Omarali

SAMBUTAN...Sapawi dan Kamarlin sedang melepaskan acara tarik tali sempena majlis tersebut

CERIA…Sapawi dan Kamarlin bersama penduduk setempat yang menghadiri majlis tersebut.

SERAH…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin menyampaikan pakaian seragam wakil Jabatan Pertahanan Awan Koperal Ahmad Apong di majlis tersebut.

IKTRAF…Sapawi diperhatikan oleh kamarlin dan Junaidimenyampaikan sijil pengiktrifan kepada Pengurus Syarikat Smartcom Massaud Matassim.

WESTON (Beaufort): Komuniti Bestari perlu memainkan peranan dalam membantu kerajaan memastikan pembangunan dan kemajuan yang dirancang dilaksanakan dengan berkesan.

Exco Penerangan Negeri Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata langkah itu boleh dilakukan dengan menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat terhadap usaha yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan.

“Organisasi ini perlu bertindak sebagai orang tengah antara kerajaan dengan rakyat…sampaikan maklumat yang tepat agar rakyat faham apa yang dilakukan oleh kerajaan,” katanya ketika merasmikan program Komuniti Bestari Info Bestari di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis itu termasuklah Wakil Rakyat Lumadan Kamarlin Ombi, Penolong Pegawai Daerah Beaufort Said Othman, Ketua Daerah beaufort Junli Yusuf dan Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Lumadan Ahmad Mumin Dan Pengerusi Komuniti Bestari Pekan Weston Juanidi Omarali

Sapawi memberitahu kestabilan politik yang wujud di negara ini membolehkan kerajaan melaksanakan program dengan berkesan.

Katanya kestabilan itu lahir kerana rakyat tahu, faham dan sedar akan usaha yang dilakukan oleh kerajaan.

Menurutnya maklumat tepat membantu rakyat untuk yakin dan seterusnya memberi sokongan kepada kerajaan.

“Kita tidak mungkin dapat melaksanakan pembangunan dan kemajuan jika rakyat tidak memahami apa yang telah, sedang dan akan lakukan,” katanya lagi.

Share |