Sunday, September 26, 2010

Taklimat Cawangan Khas Bukit Aman


Kelihatan dalam gambar Sapawi bersama pemimpin lain mengikuti taklimat yang disampaikan oleh Dr Haji Abdul Rahman.


TAKLIMAT UNTUK PEMIMPIN…Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad merupakan antara pemimpin yang menghadiri taklimat khas isu-isu keselamatan semasa di Rumah Rehat Beaufort kelmarin.

Taklimat disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Keurusetiaan Cawangan Khas Polis DiRaja Malaysia dari Bukit Aman, Datuk Dr Haji Abdul Rahman Ismail.

Selain Sapawi pemimpin lain yang hadir termasuklah Menteri Hal Ehwak Pengguna dan Pembangunan Masyarakat Datuk Hajah Azizah Mohd Dun, wakil rakyat Sindumin Ahmad Bujang, wakil rakyat Membakut Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif dan wakil rakyat Kuala Penyu John Teo dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih serta Ketua Cawangan Khas Sabah Syed Ahmad Bin Syed Hassan .

Selain pemimpin setempat, taklimat itu turut dihadiri oleh ketua-ketua dan pegawai jabatan serta agensi kerajaan.


Share |