Wednesday, September 22, 2010

Juara Rakyat Umno Tenom


DIHARGAI…Sapawi diperhatikan oleh Raime menerima cenderakenangan daripada Ketua Umno Tenom Datuk Rubin Balang.


LAWAT…Sapawi bersama pimpinan Umno Tenom melawat gerai-gerai pameran yang mengambil bahagian di program tersebut.


SOKONGAN…Sebahagian penduduk setempat yang menghadiri program tersebut.


KENANGAN…Sapawi dan Rubin serta pimpinan Umno Tenom merakamkan kenangan semasa melawat gerai Agro Bank yang turut serta di program tersebut.

TENOM: Program Juara Rakyat yang dilaksanakan oleh Umno ternyata membawa kesan khususnya ke arah memperkukuhkan perpaduan dan persefahaman di kalangan rakyat pelbagai kaum.

Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata program itu memperlihatkan rasa hormat-menghormati yang tinggi di kalangan rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

“Program ini bukan sekadar untuk memperlihatkan dan menyedarkan rakyat mengenai apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunggaki oleh Umno tetapi juga untuk mmperkukuhkan perpaduan dan persefahaman yang sedia ada,” katanya pada majlis pelancaran Juara Rakyat Bulan Ekonomi dan Keusahawanan bagi daerah mengundi Sapong dalam bahagian Tenom di Kampung Sapong dekat ini kelmarin.

Beliau berkata perpaduan dan persefahaman mantap antara kaum itu membolehkan kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya dalam membangunkan dan memajukan negeri ini.

Katanya perpaduan dan persefahaman itu juga telah membantu mewujudkan kestabilan politik di negeri ini termasuklah negara ini.

“Kerajaan negeri yang diketuai oleh Datuk Seri Musa Haji Aman akan sentiasa mempastikan pembangunan dilaksanakan dan kemajuan dapat dinikmati…kita mahu rakyat terus menikmati apa yang telah dusahakan,” katanya lagi.

Hadir sama pada majlis itu termasuklah Ketua Umno Tenom Datuk Rubin Balang, Timbalan Ketua Umno Tenom Suhaili Guraiman, Naib Ketua Umno Tenom Esar Andamas , Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi dan Pengerusi Pelaksana Patar Saluang serta Setiausaha Umno Tenom Dzulkefli Empin.

Sapawi memberitahu program itu juga membuka ruang kepada barisan kepimpinan Umno dan juga BN bagi mendekati rakyat khususnya peringkat akar umbi.

Katanya hubungan baik antara pemimpin dengan akar umbi akan membantu mempermudahkan usaha membawa pembangunan dan kemajuan dilaksanakan.

Share |