Thursday, September 30, 2010

Jangan Abaikan Kebajikan Dan Keselamatan Pekerja



SUMBANGAN…Sapawi diperhatikan oleh Dr.Ashok dan Jamaludin menyampaikan sumbangan kepada slah seorang mangsa kebocoran gas di majlis tersebut.


SIPITANG: “Jangan abaikan kebajikan dan keselamatan pekerja.”

Ingatan itu diluahkan oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad pada majlis Doa kesyukuran dan penyampaian sumbangan oleh Sabah Forest Industries (SFI) di sini kelmarin.

“Keselamatan dan kebajikan pekerja amat perlu untuk diberikan keutamaan…amat dikesalkan jika ada majikan hanya memikirkan soal keuntungan sehingga mengabaikan kebajikan serta keselamatan pekerjanya,” katanya.

Pada majlis itu seramai 38 pekerja yang menjadi mangsa kebocoran gas di SFI pada 21 September lalu menerima sumbangan wang daripada SFI.

Sambil memuji langkah yang diambil oleh pihak pengurusan SFI, Sapawi memberitahu langkah itu memperlihatkan keprihatinan majikan terhadap pekerjanya.

“Kita bersyukurkan kerana pada kejadian itu tiada sebarang kemalangan jiwa dan kita juga berbangga dengan keprihatinan pihak pengurusan SFI terhadap pekerjanya,” katanya dan menambah keprihatinan itu membuktikan pengurusan SFI amat menghargai sumbangan yang telah dilakukan oleh pekerjanya.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Naib Presiden Operasi SFI Dr. Ashok Kumar, Penolong Pegawai Pembangunan Sipitang Zulkrfli Ahmad, Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh, Pengurus Besar Sumber Manusia Dan Pentadbiran SFI Sheik Jamaludin Sheik Asrodin dan Pengurus Besar Pulpa Dan Kertas SFI Lawarance Chin.

Share |