Thursday, September 30, 2010

Tinaju Dewan Dan Jalan Kampung Linkungan Tengah


Kelihatan Jalan Kampung Lingkungan Tengah yang menghubungi dewan dan jalan utama penduduk kampung tersebut yang rosak teruk.

Kelihatan Sapawi berbincang dengan Ahmad sambil diperhatikan oleh Matbali dan Zulkefli ketika melawat dewan kampung Lingkungan.

LAWATAN…Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad meluangkan masa untuk melawat ke Kampung Lingkungan, Lumadan kelmarin.

Pada kunjungan itu Sapawi yang turut ditemani oleh Pemimpin Kemajuan Rakyat Lumadan Ahmad Mumin, Penolong Pegawai Pembangunan Sipitang Zulkefli Ahmad dan Pegawai Perhubungan Parlimen Sipitang Matbali Musah meninjau dewan kampung tersebut yang rosak dan akan dibina baru.

Peruntukkan pembinaan dewan tersebut di bawah Jabatan Pembangunan Negeri Sabah telahpun diluluskan dan kini sedang menunggu pelan reka bentuk untuk ditender.

Selain dewan, Sapawi yang meluangkan masa hampir satu jam setengah di kampung itu turut meinjau jalan masuk ke kampung Lingkungan Tengah yang disifatkannya amat perlu untuk dinaik taraf kerana sering mendapat runggutan dariapada penduduk kampung tersebut.

Sapawi berharap Majlis Daerah Beaufort dapat mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan jalan tersebut dinaiktaraf.

Share |