Sunday, October 3, 2010

Lawat Mangsa Kebakaran


Kelihatan Sapawi dan Kamarlin ditemani oleh Pegawai Perhubungan Parlimen Sipitang Matbali Musah dan Ustaz Said Awang Damit meninjau kemusnahan rumah Rapahi akibat kebakaran tersebut.

Kelihatan Sapawi dan Kamarlin menyampaikan sumbangan pribadi kepada mangsa kebakaran rumah Rapahi Edris

SIMPATI…Musibah yang menimpa ahli jawatankusa Umno Bahagian Sipitang Rapahi Idris mendapat perhatian daripada Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad dan Wakil Rakyat Lumadan Kamarlin Ombi.

Rapahi dan keluarganya tinggal sehelai sepinggang apabila rumahnya musnah dalam kebakaran pagi Khamis lalu.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana ketika kebakaran Rapahi dan keluarganya tidak berada di rumah.

Sambil melahirkan simpati, Sapawi yang juga Ketua Umno Bahagian Sipitang melahirkan harapan agar Rapahi dan keluarga tabah menghadapi dugaan tersebut.

Sapawi meluangkan masa hampir satu jam setengah dan menghulurkan sumbangan peribadi bagi meringgankan bebanan Rapahi dan keluarga.

Share |