Monday, November 15, 2010

Lawat Jambatan Gatung Roboh Di Sindumin


TINDAKAN SEGERA…Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad meluangkan masa untuk melihat dan meninjau jambatan gantung Kampung Sindumin Sipitang yang roboh minggu lalu.

Jambatan tersebut menghubungkan Kampung Sindumin dengan Kampung Luagan menjejaskan penduduk antara kedua-dua kampung tersebut.

“Kita akan merujuk perkara ini kepada pihak berkaitan kerana masalah ini perlu diselesaikan segera,” kata Sapawi.

Beliau sendiri akan mengemukakan permohonan tersebut dan mahu jambatan tersebut diperbaiki segera bagi memberi kemudahan kepada penduduk kampung.

Kelihatan Sapawi bersama Pemaju Mukim Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Madi Awangku meninjau jambatan roboh tersebut.

Share |