Sunday, November 21, 2010

SLDB Terima Anugerah ISO


ANUERAH ISO...Sapawi diperhatikan oleh juarri (kanan) dan Naib Presiden Bahagian Korporat SIRIM Berhad Noor Rashid Ismail (kiri) menerima Anugerah MS ISO 9001:2008 daripada Khalidah di majlis tersebut.

CERIA...Sebahagian kakitangan SLDB merakamkan kenangan bersama Sapawi dan Setiausaha Lembaga Pengarah SLDB Jilis Ismail (empat dari kiri) sempena majlis tersebut.

ANUGERAH ISO…Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) mengorak langkah dalam pengurusan dan pentadbiran apabila menerima Anugerah MS ISO 9001:2008 Skim Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti pada Majlis Sirim-Industri 2010 di Grand Lagoon Ballroom, Sunway Resort Hotel di Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor malam kelmarin.

Pengerusi SLDB Datuk Sapawi Ahmad dan Pengurus Besar SLDB Jhuvarri Majid menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Sirim QAS International Sdn Bhd Khalidah Mustafa.

“Anugerah ini merupakan kejayaan kepada semua kakitangan SLDB ke arah mewujudkan pengurusan dan pentadbiran yang berkesan. Saya ucapkan tahniah kepada semua kakitangan SLDB,” kata Sapawi ketika ditemui selepas penerimaan anugerah tersebut.

Beliau berharap anugerah itu akan meningkatkan lagi semangat kepada kakitangan SLDB untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan.


Share |