Wednesday, December 15, 2010

Serah Jersi Kepada Pemain Futsal Lelaki & Wanita Parlimen Sipitang


SERAH…Sapawi menyerahkan jersi kepada Hilmi Saidin Jurulatih futsal lelaki dan wanita yang mewaikili parlimen Sipitang ke pertandingan futsal antara parlimen semalaysia di Putra Jaya, Kuala Lumpur

SIPITANG: Pamerkan semangat kesukanan yang tinggi dan pastikan disiplin berada pada tahap yang membanggakan.

Dua perkara itulah yang diluahkan oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad kepada dua pasukan futsal Parlimen Sipitang yang akan membawa cabaran parlimen itu ke kejohanan futsal di Kuala Lumpur.

“Penyertaan kita bukan sekadar untuk menang tetapi juga sebagai pentas memperlihatkan tahap disiplin serta semangat kesukanan yang tinggi,” katanya pada majlis penyerahan jersi kepada kedua-dua pasukan tersebut.

Parliman Sipitang mengemukakan penyertaan untuk futsal lelaki dan wanita di mana saingan kejohanan tersebut turut disertai oleh pasukan-pasukan dari negeri lain.

Sapawi memberitahu pihak pengurusan pasukan dan juga pemain merupakan duta kecil Parlimen Sipitang.

“Sebagai duta kecil Parlimen Sipitang, sudah tentu kita berharap kedua-dua pasukan akan mempamerkan kecemerlangan…kecemerlangan dalam kesukanan dan juga di luar gelanggang,” katanya lagi.

.

Share |