TIDAK DILUPA…Kedukaan Ahmad Zaidi Bin Bugin bersama keluarganya pada tahun baru ini sedikit sebanyak terubat dengan kehadiran Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad yang meluangkan masa ke kediamannya di Kampung Tunggul Tinggi Sipitang kelmarin.
Sapawi meluangkan masa selama satu jam setengah itu bersama keluarga itu sebaik dikhabarkan bahawa kediaman keluarga tersebut roboh secara tiba-tiba.
Ahmad Zaidi sekeluarga tinggal bersama keluarga mertuanya dikejutkan apabila rumah yang bertiang tiba-tiba roboh secara tiba-tiba. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa akibat kejadian tersebut.
Keluarga tersebut masih menggunakan rumah tersebut sebagai kediaman di mana Sapawi menyifatkan keadaan itu harus tidak berpanjangan dan tindakan segera perlu diambil.
“Kita akan berusaha untuk membantu keluarga tersebut,” kata Sapawi yang berharap keluarga tersebut bersabar dan tabah dengan dugaan itu.
Kelihatan Sapawi diperhatikan oleh AJK Pemuda Umno Sipitang Haji Jafar Bin Haji Jalaf (kanan) menyampaikan sumbangan pribadi dan peralatan rumah zink dan kayu kepada Ahmad Zaidi semasa lawatan tersebut.