Monday, March 21, 2011

Lawat Mangsa Kebakaran Di Kg Bukau, Beaufort.


Kelihatan dalam Sapawi dan Kamarlin menyampaikan sumbangan peribadi dan makanan kepada Ismail Lapa pada kunjungan tersebut.

TIDAK DILUPA...Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad dan wakil rakyat Lumadan Kamarlin ombi meluangkan masa mengunjungi mangsa kebakaran di Kampung Tamalang Along, Bukau, Beaufort kelmarin.

Ismail Lapa, 42, penduduk Kampung Tamalang Along ditimpa bencana apabila rumahnya musnah dalam satu kebakaran Jumaat lalu. Ismail tinggal sehelai sepinggan akibat kebakaran itu. Bagaimanapun tiadak kemalangan jiwa pada kejadian tersebut.

Sapawi bersama rombongan antaranya Ketua Wanita Umno Sipitang Datuk Surinam Sadikun, Pegawai Perhubungan Parlimen Sipitang kawasan Lumadan Matbali Musah, Ketua Zon Umno Lumadan Muanam Mujiarto dan Pengerusi JKKK Kampung Tamalang Along Japar Jailani menghabiskan masa hampir sejam pada kunjungan tersebut di mana beliau menyampaikan sumbangan peribadi selain sumbangan makanan.


Share |