Monday, April 25, 2011

Juara Rakyat Lumadan


OKU..Sapawi menyampaikan sumbangan keawangan dan hamper kepada kanak-kanak OKU.

BERAS...Seorang mangsa banjir menerima bantuan beras daripada Bernas yang disampaikan Sapawi.

SOKONGAN...Sebahagian penduduk yang menghadiri Program Juara rakyat di Kg Luamdan Beaufort,baru-baru ini.

MESRA...Sapawi dan Kamarlin bersalaman dengan penduduk yang hadir pada program Juara Rakyat di Dewan Sri dayang Kampung Lumadan Beaufort.

CEMERLANG...Sapawi menyampaikan penghargaan kepada, Nija Mat Juri dari Kampung Tuhu, yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2010 dengan pencapaian 9A, 2B.

BEAUFORT: Tindakan ke arah menyelesaikan masalah jalan raya di kawasan rendah yang sering dinaiki air dan usaha mengurangkan berlakunya kekerapan banjir di beberapa kampung dalam kawasan Dun Lumadan kini menjadi agenda utama.

Ahli Parlimen Siptang berkata penyelasaian terhadap masalah itu perlu diberi perhatian demi memastikan penduduk yang terbabit tidak berterusan menghadapi kesengsaraan dan kerugian.

“Beberapa jalan raya sering ditenggalami dan terputus hubungan seperti jalanraya di Kampung Lumadan, Suasa, Brumbai, Bangkalalak dan beberapa jalanraya lagi.

“Pihak kita meminta jalan raya tersebut atau sekurang-kurangnya laluan utama jalan raya itu diambil tindakan oleh pihak JKR dan bagi jalan raya yang tidak tersenarai di bawah bidang kuasa JKR pihak kita mencadangkan ianya diserahkan kepada JKR melalui pejabat daerah atau tindakan daerah Beaufort.

“Inilah yang menjadi keutamaan kami untuk mengambil langkah dan tindakan supaya keperluan rakyat diutamakan, yang mana selama ini kebun buah-buahan dan sawit serta keperluan harian mereka terjejas oleh kerana masalah banjir,” katanya.

Dalam usaha mengurangkan risiko banjir, katanya beliau dan Adun pula akan mengemukan permohonan kepada Jabatan Parit dan Saliran (JPS) bagi pelaksanaa projek mendalamkan Sungai Bukau dan Lumadan.

“Cadangan ini kita kemukakan melalui dua pihak iaitu saya sebagai Ahli Parlimen akan mengajukan (permohonan) kepada JPS menerusi Kementerian Pembangunan Alam Sekitar dan Adun pula (akan) mengemukakan permohonan kepada JPS di bawah Kementerian Pertanian Negeri (Sabah), juga kepada Ketua Menteri (Sabah) supaya langkah jangka panjang pengorekan pasir di Sungai Lumadan dan Sungai Bukau itu akan menjadi satu agenda yang besar, yang boleh mengurangkan masalah banjir kepada kira-kira 3,000 penduduk,” katanya kepada media selepas merasmikan program Juara Rakyat di Kampung Lumadan di sini, pada Ahad.

Hadir sama, Adun Lumadan, Kamarlin Hj Ombi, Adun Sindumin, Hj Ahmad Hj Bujang, Pemimpin Kemajuan Rakyat Dun Lumadan, Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian, Datuk Surinam Haji Sadikun,Ketua Puteri Umno Sipitang, Dg Maimunah Sidek, Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Dun Lumadan, Hj Ahmad Momin, Pengawai perhubungan Ahli Parlimen Sipitang Dun Lumadan, Matbali Hj Musah, mantan Adun Lumadan Datuk Hajah Dayang Mahani Tun Haji Ahmad Raffae dan Eksekutif Komunikasi Korporat Beras Corporation Sdn Bhd, Harvian Kirman.

Pada majlis itu Sapwi menyampaikan bantuan kewangan dan beras kepada 388 mangsa banjir dan 50 kanak-kanak OKU turut menerima wang tunai dan hamper.

Pelajar yang cemerlang dalam pepriksaan UPSR, SRU, PMR, SPM dan STPM 2010 pula menerima penghargaan daripada Biro Pendidikan UMNO Bahagian Sipitang. Sementara itu SK Jabang dan SMK Gadong di pilih sebagai sekolah harapan bagi kawasan Dun Lumadan.

Majlis yang turut menyaksikan kemasukan beramai-ramai kira-kira 100 ahli SAPP Lumadan menyertai Umno itu, Sapawi juga menyerahkan dua anak kunci rumah dalam Program Bantuan Rumah (PBR) kepada pednuduk.

Mengulas mengenai keamsukan beramai-ramai ahli SAPP itu, Sapawi yang juga Exco Penerang Sabah itu berkata, ia sesuatu yang positif bukan saja kepada Umno tetepi yang lebih penting ialah ianya menguntungkan penduduk.

“Mereka ini kecewa dengan langkah SAPP keluar daripada BN dan mereka yakin apabila mereka menyertai UMNO iaitu parti komponen yangg terbesar dalam Parlimen Sipitang, mereka juga dapat bersama-sama memberi sumbangan kepada parti, kampung dan sekali gus mereka akan mendapat kemudahan-kemudahan yang dapat diberikan oleh kerajaan BN dengan semangat 1Malaysia. Ini kerana ahli SAPP yang ada di kawasan Lumadan ini sebahagiannya adalah bumiputera dan sebahagiannya pula ialah msayarakat kaum Cina. Senario ini sebagai satu yang amat baik dan berkesan kerana mereka juga dapat sama-sama menjadi penyumbang disamping berkerjasama untuk membantu masyarakt di kawasan ini.

Mengulas kenyataan pemimpin LDP mengenai isu kepimpinan di Sabah yang hangat diperkatakan pada ketikan ini, Sapawi berkata ianya adalah satu kenyataan emosi yang tidak melihat dari perspektif sejarah dan wajah kepartian negeri masing-masing.

“Sabah dengan Sarawak ada perbezaan, di negeri ini kita mempunyai pelbagai parti yang mempunyai ahli masyarakat Cina samada LDP dan sekarang ini ada parti Gerakan. Dalam PBS dan UPKO sendiri pun mempunyai komponen masyarakat Cina.

“Dan kalau melihat dari aspek pembangunan ianya begitu ketara dan semua rakyat menerima pembangunan berasaskan kepimpinan yang berkesan Ketua Menteri. Saya percaya ini adalah merupakan kenyataan pemimpin yang kecewa.” katanya.

Share |