Sunday, May 1, 2011

S:DB-Peneroka Suan Lamba


SERAH MEMERADUM…Sapawi menerima Memoredum daripada Pengerusi Generasi Baru Peneroka Abdul Madud di majlis di majlis tersebut.

DIHARGAI…Sapawi menerima cenderakenangan daripada Misman Misran sempena majlis tersebut.

SOKONGAN…Sebahagian peneroka yang hadir di majlis tersebut.

KENANGAN…Sapawi merakamkan kenangan bersama ahli jawatankuasa Peneroka Suan Lamba di majlis tersebut.

SANDAKAN: Khabar gembira bagi peneroka Skim Rancangan Peneroka Suan Lamba, Sukau.

Masalah geran tanah bagi peneroka yang menyertai skim itu akan diberikan perhatian serius dan akan diatasi segera.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) Datuk Sapawi Ahmad berkata kelewatan geran tanah yang tertangguh agak lama itu adalah disebabkan masalah teknikal.

“Perkara ini tidak dibiarkan dan SLDB memberi perhatian serius mengenai perkara ini dan akan berusaha mengatasinya dengan segera,” katanya pada sesi dialog dengan peneroka skim tersebut.

Sebelum itu Sapawi yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman bagi merasmikan sambutan hari peneroka Skim Rancangan Peneroka Suan Lamba di dewan kampung tersebut.

Musa dalam teks ucapannya yang dibaca oleh Sapawi berkata rakyat perlu mengambil peluang yang disediakan di bawah skim tersebut.

Katanya skim itu telah membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak peneroka.

“Malah ada beberapa anak peneroka telah berjaya menamatkan pengajian di universiti tempatan dan kini berkhidmat dengan pelbagai bidang pekerjaan,” katanya.

Beliau seterusnya berharap agar rakyat terus memberikan sokongan kepada kerajaan agar usaha pembangunan untuk kesejahteraan rakyat dapat diteruskan.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Ketua Pegawai Operasi SLDB Azli Teo, Setiausaha Ahli Lembaga Pengarah SLDB Jilis Ismail, Ketua Pegawai Operasi Ladang SLDB Misman Misran dan Pengerusi penganjur Mahali Makin.

Share |