Wednesday, July 6, 2011

Tarik Tali GATA Sipitang 2011 Jemputan Borneo

TARIKAN…Sapawi bersama Ahmad, Latip dan Rahman merakamkan kenangan bersama Yong Chee Ken (kanan) dan Jukim (kiri) yang membuat pertunjukan bina badan pada kejohanan tersebut.
CUBA LAGI…Sapawi diperhatikan oleh Rahman (dua dari kanan) merakamkan kenangan Pasukan Anak Brunei B yang mendapat tempat ke tiga.
KOMITED…Pengerusi Penganjur kejohanan tarik tali GATA Sipitang 2011 jemputan borneo Abdul Rahman Mohd Noh merakamkan kenangan bersama-sama AJK penganjur.
PADU…Tarikan padu juara tarik tali GATA jemputan borneo oleh pasukan Tune Talk.
UARA…Sapawi dan Ahmad merakamkan kenangan bersama pasukan Tune Talk yang menjuarai kejohanan tarik tali GATA Sipitang 2011 jemputan borneo.

SIPITANG: Pasukan Tune Talk menebus kekalahannya kepada Suara Anak Marudu 4WD, Kota Marudu apabila muncul sebagai juara Kejohanan Tarik Tali Jemputan Festival Gasing dan Tamu Besar (GATA) Sipitang 2011 di sini Sabtu lepas.

Tune Talk yang daripada Penampang menewaskan Suara Anak Marudu 4WD daripada Kota Marudu dengan tiga tarikan pada final kejohanan itu bagi meraih hadiah wang tunai RM5,000 beserta piala.

Manakala Suara Anak Marudu 4WD yang menewaskan Tune Talk pada kejohanan di Penampang sempena Pesta Kaamatan menduduki tempat kedua dan meraih RM3,000 dan piala.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad turut menyaksikan pertarungan Tune Talk dan Suara Anak Marudu 4WD pada final kejohanan tersebut.

Tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh Anak Brunei B dan Salimbadah Limbang. Pasukan itu masing-masing menerima hadiah wang tunai RM2,000 dan RM1,000 berserta piala.

Sebanyak 15 pasukan menyertai kejohanan yang diadakan di padang pekan di sini di mana Brunei dan Sipitang masing-masing mengemukakan tiga pasukan. Selain Limbang dan Kota Marudu, pasukan lain yang menyertai kejohanan itu termasuklah Beaufort, Papar, Kepayan, Labuan, Keningau, Kuala Penyu dan Penampang.

Kejohanan tarik tali merupakan salah acara utama GATA Sipitang 2011 yang menarik minat ribuan pengunjung.

Share |