Saturday, August 13, 2011

Berbuka Puasa Dan Sunat Tarawih Di Surau Kg Ulu Lingkungan.



SERAH…Sapawi menyaksikan penyerahan kunci surau Kampung Ulu Lingkungan oleh wakil Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah Sudin Hasim (kanan) kepada Pegawai Jheains Beaufort Abidin Ali Hassan
TAKWA…Sapawi dan penduduk setempat menunaikan sunat tarawih.
IKHLAS…Sapawi menyampaikan sumbangan kepada salah seorang yang layak menerima di majlis tersebut.
SUMBANGAN…Sapawi menyampaikan sumbangan sejadah kepada pengerusi surau Kampung Ulu Lingkungan Saimon Senang.
CERIA…Sebahagaian kakitangan kerajaan dan penduduk setempat yang hadir di majlis tersebut.

LINGKUNGAN (Beaufort): Jawatankuasa masjid dan surau disaran agar meningkatkan usaha bagi menarik minat khususnya generasi muda agar mendekati masjid ataupun suarau.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata pelbagai program dan aktiviti boleh direncanakan bagi dilaksanakan.

“Usaha menarik minat generasi muda bagi mendekati masjid dan surau perlu difikirkan…antaranya ialah mengadakan program dan aktiviti yang melibatkan golongan tersebut,” katanya pada majlis berbuka puasa dan usrah Ramadan di surau Kampung Ulu Lingkunan di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Pemimpin Kemajuan Rakyat Lumadan Ahmad Mumin, Pegwai Jheains Beaufort Abidin Ali Hassan, Wakil Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah Sudin Hassim, Ketua Pentadbir Yayasan Sabah Pendalaman Bawah Zulkhairi Ismail, Pegawai Perhubungan Parlimen Sipitang Matbali Musah dan Pengerusi Surau Kampung Ulu Lingkungan Saimon Senang.

Sapawi berkata langkah menarik minat generasi muda itu antaranya bertujuan untuk mengimarahkan masjid dan juga surau.

Katanya agak menyedihkan jika masjid dan surau yang dibina sebegitu cantik dengan peruntukkan yanga besar tetapi agak sunyi.

“Langkah menarik minat generasi muda merupakan satu ibadah,” katanya lagi.

Hadir sama pada majlis itu termasuklah wakil rakyat Lumadan, Kamarlin Haji Ombi.

Pada majlis tersebut Sapawi turut menyaksikan penyerahan kunci surau kampung tersebut oleh wakil Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Beaufort.

Selain itu Sapawi turut menyampaikan sumbangan kepada golongan fakir miskin dan juga sejadah untuk surau tersebut.

Wakil rakyat Lumadan Kamarlin Haji Ombi turut menyampaikan sumbangan kerusi di majlis tersebut.




Share |