Tuesday, August 9, 2011

Sumbangan Masid Dan Surau Parlimen Sipitang



MULIA…Sapawi bersama Kamarlin menyampaikan sumbangan kepada Rahmat Sikon Pengerusi Masjid Kampung Lumadan.
CERIA…Sebahagian pengerusi masjid dan surau dan penduduk setempat yang hadir di majlis tersebut
CERIA…Sebahagian kaum hawa yang turut hadir di majlis tersebut.
TAKWA…Sapawi bersama penduduk setempat sedang mengaminkan doa sejurus selesai menunaikan solat maghrib berjemaah.

SUMBANGAN…Sapawi bersama Kamarlin dan Ahmad menyampaikan sumbangan kepada Sarjan Kassim Sebeli Bendahari Surau A- Rahman Ibu Pejabat Polis Sipitang.


BEAUFORT: Umat Islam disaran agar menjadikan kehadiran Ramadan sebagai landasan untuk memperkukuhkan semula perpaduan dan persefahaman.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata Ramadan bukan sekadar bulan untuk umat Islam menunaikan ibadah puasa tetapi juga sebagai landasan untuk kembali bersatu.

“Mari kita jadikan Ramadan untuk kita kembali bersatu...kita perkukuhkan persefahaman dan perpaduan,” katanya pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan untuk masjid dan surau dalam Dewan Undangan Negeri Sindumin dan Lumadan di Masjid Lumadan kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Adun Lumadan Kamarlin Ombi, Adun Sindumin Ahmad Bujang, Pegawai Daerah Sipitang Amat Latif Ismail,Ketua Daerah Sindumin Arif Ismail, Ketua Daerah Lumadan Junli Yusof, Penolong Pegawai Pembangunan Sipitang Zulkefli Ahmad, Pegawai Perhubungan Parlimen Sipitang matbali Musah, Ketua Wanita Umno Sipitang Datuk Surinam Sadikun, Ketua Pemuda Umno Sipitang Yamani Hafez Musa dan Ketua Puteri Umno Sipitang dayang Maimunah Sidek.

Sapawi berkata perpecahan berlaku di kalangan umat Islam kerana wujudnya ketamakkan diri yang mengejar pangkat, kuasa dan sebagainya.

Menurutnya berbalahan yang berpanjangan hanya akan melemahkan umat Islam dan seterusnya member kesan negatif kepada masa depan Islam itu sendiri.

“Sikap suka bertelagah, fitnah memfitnah tidak harus terus diamalkan...kita wajar bersatu untuk sama-sama menuju dan berusaha mencapai kejayaan serta kecemerlangan,” katanya lagi.

Sebanyak 31 masjid dan 37 surau bagi DUN Lumadan manakala 10 Masjid dan 25 surau bagi DUN Sindumin menerima sumbangan tersebut.

Selain itu Sapawi turut menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin dan mualaf.




Share |