Monday, August 15, 2011

Berbuka Puasa Di Inunam



SUMBANGAN…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin menyampaikan sumbangan peralatan pembesar suara kepada Pengerusi Surau Kg. Inuman.
BANTUAN…Sapawi dan Kamarlin menyampaikan sumbangan kerusi kepada pengerusi Surau Kg Inuman Kadir Pardin di majlis tersebut.
KEIKHLASAN…Sapawi bersama Kamarlin diperhatikan oleh Kadir (kiri) menyampaikan sumbangan beras dan wang tunai kepada salah seorang yang layak menerima di majlis tersebut.

CERIA…Sapawi sedang menyampaikan ceramah pada majlis tersebut.

LUMADAN: Keindahan sesebuah masjid dan surau tidak hanya pada strukturnya tetapi juga kepada pengisian rumah ibadah tersebut.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata keindahan itu juga memberi gambaran kepada masyarakat setempat.

“Masjid dan surau yang sentiasa penuh memberi gambaran positif kepada masyarakat setempat,” katanya pada Majlis Berbuka Puasadan Usrah Ramadan di Surau Kampung Inuman di sini kelmarin.

Oleh itu, katanya, adalah penting setiap jawatankuasa masjid ataupun suaru bergerak aktif bagi memastikan masjid atau surau tersebut sentiasa padat dengan pengisiannya.

Katanya jawatankuasa yang proaktif akan dapat memikirkan idea ke arah mengindahkan lagi masjid ataupun surau.

Bagaimanapun Sapawi mengingatkan agar masjid ataupun surau tidak dijadikan tempat untuk berpolitik.

“Kita jadikan masjid ataupun surau untuk kegiatan atau program pengisian ilmu, mengeratkan silaturrahim ataupun aktiviti yang bermanfaat untuk semua,” katanya lagi.

Beliau juga memberitahu kerajaan sentiasa memberi sokongan kepada usaha untuk mengimarahkan masjid ataupun surau.

Selain itu, katanya, kerajaan juga sentiasa meningkatkan taraf dan berusaha memastikan keselesaan beribadah dapat dinikmati.

Menurutnya selain masjid dan surau, tumpuan kepada sekolah agama turut diberi perhatian oleh kerajaan.

“Usaha meningkatkan pembangunan masjid, surau dan sekolah agama sentiasa diberi perhatian,” katanya lagi.

Majlis anjuran Umno Sipitang tersebut turut dihadiri Hadir Adun Lumadan Kamarlin Ombi, Pemimpin Kemajuan Rakyat Lumadan Ahmad Mumin, Pegawai Perhubungan Parlimen Sipitang Matbali Musah, Wakil Ketua Anak Negeri Shadan Kamis dan Pengerusi Surau Kampung Inuman Kadir Pardin.



Share |