Friday, August 19, 2011

Berbuka Puasa Umno Zon 3, Weston, Sipitang.



DIHARGAI…Musa diperhatikan oleh Sapawi menyampaikan cenderakenangan dan wang tunai kepada Jakim Kemin penerima anugerah sambutan kemerdekaan ‘Individu’ peringkat kebangsaan.
MESRA…Musa diringi Sapawi bersalaman dengan penduduk setempat sejurus tiba di pekan Weston, Beaufort.
PECAH TANAH…Musa bersama Sapawi sedang melakukan acara pecah tanah bagi projek pembinaan jambatan konkrit pekjalan kaki di pekan Weston.
PATRIOTIK… Musa bersama Awang Tangah, Sapawi dan Pengarah Penerangan Sabah Almain Ajirul menerima jalur gemilang ramadhan.
SUMBNGAN…Musa menyaksikan sumbangan Pengurus Lumut Enterprise Mohd Faizal Mokhti (kiri) kepada Pengerusi Masjid Nurul Iman Pekan Weston Ahmad Pengiran Daud.

MUAFAKAT yang membentuk persefahaman dan kerjasama antara satu sama lain berupaya menghasilkan sesuatu yang membanggakan. Malahan muafakat yang terjalin itu turut berupaya melahirkan keyakinan dan seterusnya memberi pulangan yang bermakna.

Tanpa adanya permuafakatan apa juga usaha hendak dilakukan pasti sahaja akan menemui kegagalan dan akhirnya kekecewaan serta kehampaan. Paling menyakitkan kesan daripada ketiadaan permuafakatan itu boleh menerbitkan selaksa kekesalan, yang sakitnya sukar sekali untuk diterjemahkan. Sehebat manapun perancangan yang hendak dilaksanakan, pulangan yang diharapkan pasti sahaja tidak akan tercapai, jika permuafakatan itu diketepikan.

Inilah gambaran yang diperkatakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri panglima Musa Aman pada majlis berbuka puasa Badan Perhubungan Umno Sabah bagi Umno Zon Tiga di Weston, Beaufort kelmarin.

Musa berkata permuafakatan amat penting dalam menyelesaikan segala kekusutan atau masalah yang dihadapi.

“Sentiasa bermuafakat, apa juga masalah yang dihadapi biarlah diselesaikan dengan baik,” katanya.

Pentingnya muafakat turut digambarkan oleh pengerusi penganjur Umno zon Tiga, Datuk Sapawi Ahmad.

Meskipun memfokuskan kepada sambutan kemerdekaan, Sapawi menegaskan permuafakatan yang terbina melahirkan jiwa merdeka dengan semangat patriotik yang tinggi.

Beliau berkata dengan semangat permuafakatan itulah juga membolehkan negara mencapai kemerdekaan tanpa perlunya pertumpahaan darah.

Katanya permuafakatan yang wujud itulah juga membolehkan kerajaan di bawah barisan kepimpinan yang bijak melaksanakan segala perancangan seperti yang diharapkan.

“Usaha kita untuk memajukan dan membangunkan negeri ini terus dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat,” katanya lagi.

Sehubungan dengan itu Sapawi yang juga Ketua Umno Sipitang menegaskan bahawa Umno Sipitang dan Umno Zon Tiga berdiri teguh dibelakang kepimpinan Musa bagi meneruskan perancangan demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

Beliau berkata barisan kepimpinan yang ada ketika ini telah memperlihatkan komitmen yang tinggi dalam memastikan rakyat terus menikmati kemakmuran.

Lebih tiga ribu orang hadir pada majlis tersebut di mana wakil rakyat Lawas Datuk Amar Awang Tangah turut sama menyerikan majlis tersebut.

Selain berbuka puasa, Musa turut merasmikan upacara pecah tanah Pembinaan Jambatan Konkrit Pejalan Kaki di pekan Weston dan juga penerimaan konvoi jalur gemilang Ramdhan 2011 melibatkan Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah.



Share |