Saturday, August 20, 2011

Berbuka Puasa Di Kg Luagan, Sindumin.



SUMBANGAN…Sapawi diperhatikan oleh Ahmad Bujang menyampaikan sumbangan sejadah dan kitab quran kepada Iman merangkap Pengerusi Surau Luagan Azis Tudin
IKHLAS…Sapawi bersama Ahmad Bujang menyampaikan sumbangan wang zakat kepada salah penerima di majlis tersebut.

SUMBANGAN…Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad yang tidak melepaskan peluang untuk berbuka puasa dengan umat Islam di kawasan Sindumin.

Selain berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Terawih, Sapawi turut menyampaikan sumbangan berupa tikar sembahyang untuk kegunaan surau dan wang zakat.

Di majlis itu juga, Sapawi telah meluluskan pembinaan stor dan menyimen lantai halaman surau tersebut

“Kita jadikan Ramadan sebagai asas mengukuhkan silaturrahim,” katanya ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa di Surau Kampung Luagan, Sipitang kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Adun Lumadan Ahmad Bujang, Penolong Pegawai Daerah Sipitang Matlin Dullah, Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh, Penolong Pegawai Pembangunan Daerah Sipitang Zulkefli Ahmad, Penolong Pentadbir Jheains Sipitang Hafez Ahmad dan Ketua Amil Sipitang Jismil Yakub.

a)

b)



Share |