Friday, August 26, 2011

SLDB Serah Dividen Kepada Kerajaan Negeri



SERAH…Musa menyaksikan penyerahan replika cek pembayaran dividen SLDB berjumlah RM10 Juta oleh Pengerusinya Sapawi kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Datuk Pengiran Hassanel Pengiran Tahir mewakili kerajaan negeri.

SERIUS…Musa Sedang berbincang dengan Sapawi dan Jhuvvari pada majlis tersebut.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Aman berharap agar prestasi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) dapat dipertingkatkan.

Beliau yang sangat berpuas hati dengan pencapaian SLDB turut berharap agar SLDB bijak dalam membuat pelaburan.

“Prestasi yang ada bukan sahaja perlu dikekalkan sebaliknya ia perlu untuk terus dipertingkatkan,” katanya.

Musa berkata demikian pada majlis penyerahan cek pembayaran dividen SLDB berjumlah RM10 Juta kepada Kerajaan Negeri di Pejabat Ketua Menteri, Wisma Innoprise sini kelmarin.

Dividen tersebut diserahkan oleh pengerusi SLDB Datuk Sapawi Ahmad kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Datuk Pengiran Hassanel Pengiran Tahir yang mewakili Kerajaan Negeri.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Pengurus Besar SLDB Jhuvvari Majid, Ahli Lembaga Pengarah SLDB Datuk Kamil Datuk Mohd Kassim, Datuk Rosdianah Md. Nor, DatukVincent Shia dan Basra Rahman serta Setiausaha Lembaga SLDB Jilis Ismail.






Share |