Saturday, October 1, 2011

Merdeka Raya Aidilfitri SK Lago



SUMBANGAN…Sapawi dan Kamarlin menyampaikan sumbangan beras dan wang kepada salah seorang yang layak menerima di majlis tersebut.
MESRA…Sapawi dan Kamarlin bersalaman dengan penduduk kampung yang hadir di majlis tersebut.
RASMI…Sapawi dan kamarlin bersama pimpinan setempat memotong riben tanda rasmi naik taraf jalan simpangan SK Lago.
CERIA…Sebahagian pimpinan dan penduduk kampung yang hadir di majlis tersebut.

BEAUFORT: Projek pembangunan yang mengutamakan rakyat tidak akan diabaikan dan pasti dilaksanakan oleh kerajaan.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata Kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang berkeupayaan dan berkemampuan.

Katanya seyiap apa yang dijanjikan pasti akan dilaksanakan tetapi ianya dilakukan berasaskan kepada keutamaan dan kepentingan rakyat.

“Kerajaan BN adalah kerajaan yang telus…setiap janji akan dikotakan dan ia termasuklah dalam melaksanakan projek pembangunan untuk rakyat,” katanya pada sambutan Merdeka Raya Aidilfitri dan Jasamu Di Kenang Sekolah kebangsaan Lago dekat sini kelmarin.

Majlis anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Umno Zon Suasa dan Lago dihadiri oleh Adun Lumadan Kamarlin Ombi, Pegawai Pelajaran Beaufort Salleh Edris, Pemimpin Kemajuan Rakyat Lumadan Ahmad Mumin, Ketua Daerah Lumadan Junli Yusuf, Guru Besar SK Lago Matdin Awang Tangah dan Pemaju Mukin Lumadan Bileh Untol serta mantan guru besar SK Lago yang diraikan Abdullah Matali.

Sapawi memberitahu Kerajaan BN juga memberi perhatian setiap permohonan yang dikemukakan oleh rakyat.

Katanya permohonan rakyat tidak pernah diketepikan dan ia akan dilaksanakan berasaskan kepada keutamaan serta kepentingan rakyat.

“Permohonan yang dikemukakan akan diproses mengikut prosedur yang telah ditetapkan…ini bukan alas an untuk menolak permohonan rakyat sebaliknya kerajaan berbuat demikian kerana mahu mempastikan projek pembangunan yang dilaksanakan mengutamakan rakyat,” katanya dan menambah tiada permohonan yang tidak diberi perhatian oleh kerajaan.

Sehubungan dengan Sapawi berharap agar rakyat tidak mudah dipengaruhi dengan dakyah-dakyah pihak tertentu khususnya pembangkang.

Katanya rakyat perlu bersabar kerana setiap permohonan perlu diproses terlebih dahulu “dakyah yang mengatakan kerajaan tidak memberi perhatian terhadap permohonan kerajaan adalah dakyah yang tidak berasa.”

Menurutnya ia sekadar untuk mengelirukan rakyat kerana pembangkang sama sekali tidak berjuang untuk kepentingan rakyat tetapi mengutamakan kepentingan individu.

Dalam pada itu Sapawi mengingatkan semua pimpinan di setiap peringkat seperti JKKK, Ketua Kampung dan pimpinan politik mengambil langkah proaktif dan mendengar semua permasalahan penduduk setempat nadi denyut rakyat

Katanya, mereka harus mengadakan mesyuarat diperingkat kampung sebelum disampaikan kepada kepimpinan dan juga jabatan yang bertanggungjawab dan kemudian wakil rakyat akan mengambil tindakan yang sewajarnya

“Wakil rakyat tidak akan mengetahui permasalahan penduduk secara menyeluruh jika tidak ada pemberitahuan daripada pemimpin setempat,” katanya lagi.

Katanya segala permasalahan ada jalan penyelasaiannya dengan mengadakan muasyarah antara pemimpin setempat.

Menurutnya setiap wakil rakyat ingin melihat kawasan yang diwakili membangun dan maju dan rakyatnya hidup dalam keadaan selasa “tiada wakil rakyat yang ingin melihat kawasannya mundur dan rakyatnya menderita.”

Sapawi memberitahu hubunagn akrab antara pemimpin dan rakyat menjadikan jalanan kasih yang hebat menjadi asas kepada pembangunan dan kemajuan kawasan masing-masing.




Share |