Sunday, November 27, 2011

JPJ Bersama Penduduk Sipitang




MERIAH…Sebahagian tetamu jemputan dan peserta SKSJ yang hadir di majlis tersebut.
LULUS…Sapawi diperhatikan oleh Ahmad dan Ismail menyampaikan topi keledar percuma dan replika Lesen P kepada salah seorang peserta SKSJ.
RASMI…Sapawi diperhatikan oleh Ahmad dan Timbalan Ketua Pengarah JPJ MalaysiaDatuk Ismail Ahmad memukul gong tanda rasmi majlis tersebut.
KEMPEN…Sapawi bersama pengarah Jabatan Keselamatan Jalanraya(JKJR) Sabah….memberi topi keledar percuma kepada penunggang motosikal yang melalui dataran Esplaned Sipitang.
CERIA…Sebahagian pegawai kanan JPJ Sabah yang turut hadir di majlis tersebut.

SIPITANG: Sikap takut kepada penguatkuasa dan tidak kepada kemalangan harus tidak diamalkan sehingga ianya menjadi budaya kehidupan.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata rakyat khususnya pemandu seharusnya lebih takut kepada kemalangan kerana ianya boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

“Penguatkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta penguatkuasa yang lain adalah mereka yang mahu memastikan setiap pemandu mematuhi peraturan serta undang-undang jalan raya,” katanya pada Program Satu Komuniti Satu JPJ di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Adun Sindumin Ahmad Bujang, Timbalan ketua Pengarah JPJ Malaysia datuk Ismail Ahmad, Pegawai daerah Sipitang Latip Ahmad, Pengarah JPJ Sabah Suhaili Mohd Taufek, ketua Daerah Sipitang Arif Ismail dan Ketua Cawang JPJ Beaufort Mohd Rafie Isa

Sapawi berkata rakyat termasuklah pemandu sepatutnya member sokongan kepada JPJ dan penguatkuasa yang lain agar kadar kemalangan dapat disifarkan.

Sapawi berkata pemandu yang takut dan bimbang dengan kemalangan sudah tentu akan memandu dengan berhati-hati dan mengutamakan peraturan serta undang-undang.

Menurutnya undang-undang dan peraturan jalan raya tidak boleh dikompromikan dan tindakan tegas daripada JPJ dan penguatkuasa yang lain bukan bertujuan untuk menganiayakan pemandu tetapi sebaliknya mahu memberi kesedaran kepada pemandu tentang bahayanya kemalangan jika berlaku.

Pada program itu seramai 500 peserta telah lulus mendapat lesen motosikal B2. Mereka terdiri daripada peserta yang telah berumur 40 tahun keatas dan tidak mempunyai lessen memandu dan hanya perlu membayar RM150 sempena program SKSJ.

Mengenai program itu Sapawi menyifatkannya sebagai program yang sangat tepat dan sesuai sekali kerana peserta hanya perlu membayar dengan harga yang murah dan modul ujian untuk lulus juga telah dipermudahkan kerana kos untuk mengambil lesen motosikal antara RM450 hingga RM600 tetapi dengan menyertai program ini peserta hanya perlu membayar RM150.

Bagaimanapun Sapawi mengingatkan agar peserta program itu sentiasa mematuhi undang-undang dan jalan raya yang telah ditetapkan.

“Jangan apabila memperolehi lesen, kita juga bersikap takut hanya kepada penguatkuasa tetapi tidak kepada kemalangan.

Sambil memuji JPJ, Sapawi berkata program tersebut dapat mendekatkan JPJ dengan rakyat di mana rakyat dapat memahami akan tanggungjawab dan peranan agensi kerajaan itu.

Dalam pada itu juga sapawi menyarankan program seperti ini dapat dikembangkan memberi peluang kepada golongan menyertai program seperti ini selain daripada warga emas kepada generasi muda.

Beliau juga meyarankan agar ibupejabat cawangan JPJ di Sipitang dinaiktarafkan dan mempunyai ibu pejabat sendiri kerana ketika ini ibu pejabat JPJ Sipitang menyewa di rumah orang perseorangan

“Ini sesuai dan meningkatkan lagi imej JPJ di mata rakyat….sipitang juga akan berkembang dengan pesat daripada segi infraktukturnya dan pembangunan pasarananya ….akan dibangunan kilang Amonia dan Urea (SAMUR) oleh Petronas dan pintu masuk sempadan antara Sarawak, Brunei dan Kalimatan,” katanya.




Share |