Tuesday, November 29, 2011

Maal Hijrah Di Masjid gadong, Beaufort.



ANUGERAH…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin menyampaikan Anugerah Khas Maal Hijrah kepada Allahyarham Haji Tuah Bin haji Ajak yang diwakili oleh anaknya Jainuddin Tuah.

TAHNIAH…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin menyampaikan Anugerah Khas Pelajar Terbaik peperiksaan SRU kepada Noor Aisyah Adilah Moh Sulong.

GADONG (Beaufort): Umat Islam tidak seharusnya menjadikan budaya barat sebagai amalan kehidupan sehingga mengetepikan amalan Islam yang sebenar.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata budaya barat ternyata tidak sesuai kerana ianya banyak melalaikan dan melekakan umat Islam sendiri.

“Budaya barat tidak seharusnya diangung-agungkan sehingga kita memandang remeh budaya Islam yang sebenar,” katanya pada sambutan Maal Hijrah peringkat daerah Beaufort di Masjid Gadong kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersenut termasuklah Adun Lumadan Kamarlin Ombi, Ketua Daerah Beaufort Junli Yusop, Pegawai Tadbir Agama Jheains Beaufort Abidin Ali Hassan, Iman daerah Beaufort Mohd Jalin Saramali dan Pengerusi masjid Gadong Saramali Tamin.

Sapawi berkata musuh Islam sentiasa berharap agar umat Islam menjadi budaya barat sebagai amalan kehidupan.

Katanya terdapat sebilangan umat Islam terpengaruh dengan budaya barat dan mula mengetepikan budaya Islam yang sebenarnya.

Ini termasuklah, katanya, sambutan tahun baru lebih diutamakan berbanding dengan sambutan Maal Hijrah.

“Mereka lebih melihat sambutan tahun baru lebih penting berbanding dengan Maal Hijrah sedangkan Maal Hijrah sebenarnya mengandungi mesej terbaik untuk umat Islam sendiri,” katanya.

Menurutnya umat Islam seharusnya menjadikan kehadiran Maal Hijrah sebagai landasan untuk terus maju, membangun dan mencapai kejayaan serta kecemerlangan.

Dimajlis itu juga sapawi telah menyampaikan anugrah khas Maal Hijrah kepada Allahyarham Haji Tuah Haji Ajak dan anugerah khas pelajar terbaik Peperiksaan Sijil Rendah Ugama (SRU) bagi tahun 2011 telah diberikan kepada Noor Aisyah Adilah Haji Mohd Sulong.





Share |