KORBAN…Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin Ahmad Bujang turut hadir bagi menyaksikan sumbangan seekor lembu daripada Badan Islam Kumpulan Sedco (BIKS) di samping empat ekor kerbau sumbangan Sapawi dan ahli kariah surau Naluyan untuk korban sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha di Surau Kampung Naluyan Sipitang kelmarin.
Hadir sama pada majlis itu termasuklah Timbalan Pengurus Besar Sedco Jani Isa, Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh, Pegawai Perhubungan Ahli Parlimen Sipitang Matbali Musah, Pengerusi Surau Kampung Naluyan Madun Marif dan Setiausaha Surau Kampung Naluyan Wira Idris serta ahli jawatankuasa BIKS.