Sunday, November 20, 2011

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang S.K Ladang Lumadan, Beaufort



MANTAP…Sapawi bersama pengerusi PIBG S.K Ladang, Lumadan Muanam Mujiarto merakamkan kenangan bersama AJK PIBG S.K Ladang Lumadan di mjalis tersebut.
IKHLAS…Sapawi menyampaikan sumbangan peralatan sukan dan kompang kepada Haji Karmani Majini di majlis tersebut.
PRIHATIN…Sapawi menyaksikan penyerahan penyerahan replika cek unruk bantuan RM100 kepada pelajar daripada Kamal kepada Kasmah di majlis tersebut.
TAHNIAH…Sapawi diperhatikan oleh Kasmah dan Muanam menyampaikan anugerah kepada salah seorang pelajar cemerlang dimajlis tersebut.

SOKONGAN…Sebahagian ibubapa dan pelajar yang hadir di majlis tersebut.

LUMADAN (Beaufort): Buktikan bahawa pelajar dari sekolah luar bandar berupaya mencatatkan keputusan yang lebih memberangsangkan.

Cabaran itu diluahkan oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad yang bukan sahaja ditujukan kepada golongan pelajar tetapi juga kepada kalangan guru dan juga ibu bapa.

"Kerajaan telah melakukan pelbagai usaha termasuklah menyediakan pelbagai kemudahan prasarana...usaha melahirkan pelajar cemerlang daripada luar bandar bukan lagi mustahil, apa yang penting usaha yang dilakukan.

"Apapun buktikan bahawa pelajar daripada sekolah luar bandar berupaya bersaing dan berupaya mencatatkan keputusan yang terbaik," katanya pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sekolah Kebangsaan Ladang, Lumdan di sini kelmarin.

Menurutnya usaha yang lebih perlu dilakukan bagi memastikan golongan pelajar mampu mencatatkan keputusan terbaik pada setiap peperiksaan.

Katanya antara usaha itu termasuklah menanamkan semangat dan tekad kepada golongan pelajar agar memfokuskan kepada pelajaran masing-masing dan menyimpan keazaman untuk berjaya.

Beliau berkata bimbingan dan tunjuk ajar daripada pihak guru memerlukan sokongan daripada ibu bapa dan peranan itu perlu dimainkan daripada rumah.

"Usah bergantung sepenuhnya kepada pihak guru, sebaliknya ibu bapa harus memainkan peranan...selain memberikan dorongan dan sokongan, pengawasan terhadap aktiviti anak juga perlu dilakukan kerana kita tidak mahu mereka leka sehingga menganggap remeh soal pelajaran," katanya dan menambah sikap ibu bapa yang bersahaja terhadap pelajaran anak-anak membuatkan mereka terikut-ikut dan tidak memiliki semangat serta keazaman untuk berjaya.

Katanya status sekolah luar bandar tidak harus dijadikan sebagai alasan untuk golongan pelajar gagal mencatatkan keputusan memberangsangkan pada setiap peperiksaan.

Beliau memberitahu sudah banyak bukti di mana pelajar daripada golongan termasikin dan belajar di luar bandar mencatatkan keputusan yang memberangsangkan.

Katanya lebih membanggakan apabila pelajar terbabit berada dalam senarai pelajar terbaik di seluruh negara.

"Kita memahami kekurangan yang ada di luar bandar tetapi ia bukan lagi alasan yang terbaik kerana pihak guru sendiri telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar yang terbaik...apapun ibu bapa termasuklah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu meningkatkan kerjasama dan merangka program bersama untuk golongan pelajar," katanya lagi.

Sambil melahirkan rasa kecewa dengan catatan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dicatatkan dalam Parlimen Sipitang, Sapawi berharap keputusan kurang memberangsangkan itu perlu dijadikan pembakar semangat dalam usaha mencapai keputusan yang lebih baik.

Katanya ia bukan satu kegagalan tetapi proses untuk mencapai kejayaan yang membanggakan di mana kelemahan yang ada perlu diperbaiki.

Dalam pada itu Sapawi turut mengumumkan hadiah RM500 kepada pelajar yang berjaya mencatatkan keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR.

Bagi membantu usaha meningkatkan pencapaian pendidikan, Sapawi turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM3 ribu kepada semua sekolah dalam Parlimen Beaufort.

Peruntukan tersebut disalurkan kepada PIBG di mana Sapawi mahu ianya digunakan untuk program-program ke arah mempertingkatkan lagi pencapaian pendidikan golongan pelajar.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Pemimpin Kemajuan Rakyat Lumadan Ahmad Mumin, Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jheains Sabah Mohd Taip Kassim, Penyelia Pelajaran Bwaufort Kamal kapon, Pegawai Perhubungan Parlimen Sipitang Matbali Musah, Gueu Besar S.K Ladang Lumadan Dayang Kasmah Jailani dan Pengerusi PIBG S.K Ladang Lumadan Muanam Mujiarto.




Share |