Thursday, November 24, 2011

Program Komuniti PLKN Kem Mesapol Sipitang.



LATIHAN…Sapawi diperhatikan oleh tetamu jemputan dan pelatih PLKN Kem Mesapol sedang menyembur pemadan api pada demotrasi memadam api di majlis tersebut.

DIHARGAI…Sapawi diperhatikan oleh Latip dan Ira menerima cenderakenangan daripada Yunus di majlis tersebut.

SIPITANG: Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang diperkenalkan oleh kerajaan bukan sekadar untuk menanamkan semangat patriotism di kalangan generasi muda tetapi untuk membentuk cara berfikir mereka.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata program itu juga bukan membazir seperti yang didakwa oleh pembangkang tetapi ianya memberi pulangan bermanafaat kepada pembentukkan sahsiah generasi muda.

“Kita bukan sekadar menanamkan semangat patriotism tetapi juga membentuk keperibadian generasi muda…cara mereka berfikir dan cara mereka untuk menyelesaikan masalah serta menghadapi cabaran,” katanya di sini kelmarin.

Berucap pada majlis PLKN Bersama Ahli Parlimen Sipitang, Sapawi memberitahu apa yang didakwa oleh pembangkang hanya untuk mengaburi mata dan mengelirukan rakyat.

Majlis anjuran Jabatan Penerangan Sipitang dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Sipitang turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Sipitang Latip Ahmad, Wakil jabtan Bomba Dan Penyelamat Sabah Ngatimin Souman, Timbalan Ketua Komandan Kem PLKN Mesapol Ira Eda Jounis dan Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Yunus Saprin serta 130 pelatih PLKN Kem Mesapol.

Sapawi berkata kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap pembangunan generasi muda dan sentiasa berusaha membantu generasi itu membuat persediaan menghadapi apa juga cabaran yang mendatang.

Menurutnya sebagi aset penting kepada masa depan negara, pembentukkan keperibadian generasi muda tidak boleh dipandang mudah.

“Pembangunan generasi muda tetap menjadi perhatian kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN)…ini kerana kita mahu melihat generasi muda negara pada masa depan adalah generasi yang terbaik,” katanya lagi.

Beliau berkata dengan pelbagai program yang diperkenalkan di PLKN sudah tentu generasi muda didedahkan dengan pelbagai cabaran yang mampu menyediakan diri mereka untuk berhadapan dengan cabaran ketika ini.



Share |