Wednesday, November 16, 2011

Tinjaun Pembinaan Jambatan Pejalan Kaki Konkrit Di Pekan Weston, Beaufort.



Kelihatan Sapawi bersama penduduk setempat sedang meninjau tahap pembinaan jambatan konkrit tersebut

TINJUAN MESRA…Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad memperlihatkan tanggungjawabnya dengan melawat projek pembinaan lorong pejalan kaki konkrit yang menghubungkan empat buah kampung di Kawasan atas air Weston, Beaufort kelmarin.

Projek yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman itu ketika ini sedang dilaksanakan di mana ianya sejauh 1.3 kilometer dengan kos RM3.5 juta.

“Pelaksanaan projek tersebut akan memberikan kemudahan bermakna kepada seluruh penduduk kampung dan ia merupakan salah satu janji yang dikotakan oleh Barisan Nasional (BN),” kata Sapawi ketika ditemui selepas meninjau pelaksanaan pembinaan projek tersebut.




Share |