Monday, December 12, 2011

Gotong-Royong Membina Jambatan Lubok, Weston.




JAMBATAN RAKYAT…Kerosakan jambatan kayu di Kampung Laut, Lubuk Weston Beaufort mendapat perhatian daripada Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad yang memberi sumbangan agar jambatan tersebut diperbaiki.

Sapawi yang menyumbangkan peralatan pembinaan bagi pembaikkan jambatan tersebut turut menyertai kerja-kerja yang dilaksanakan secara bergotong royong dengan penduduk kampung berkenaan.

“Jambatan itu telah uzur dan memerlukan pembaikkan…saya berbangga kerana penduduk kampung melaksanakan kerja-kerja pembaikkan secara bergotong-royong.

“Ini memperlihatkan semangat kerjasama di kalangan penduduk kampung,” kata Sapawi.

Kelihatan Sapawi diperhatikan oleh Ketua Kampung Lubok, Weston Masri Latip dan Pengerusi SAR Lubok Ali Gafar sedang memerhatikan penduduk kampung bergotong-royong membina jambatan tersebut.




Share |