Sunday, December 11, 2011

Tinjau Pembahagian Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia





SIPITANG: Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya atau tertipu oleh pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan dalam mendapatkan borang bantuan RM500 daripada kerajaan.
Ahli Parlimen Sipitang Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad berkata orang ramai juga tidak perlu terburu-buru sehingga berebut-rebut untuk mendapatkan borang bantuan tersebut.
“Borang itu diberikan secara percuma dan jangan terpedaya atau tertipu oleh pihak tertentu yang menjual borang tersebut dan masa untuk mendapatkan borang itu juga masih lama iaitu selama sebulan...jadi usaha terburu-buru,” katanya ketika ditemui pada pusat pemberian borang bantuan itu di sini kelmarin.
Sapawi hadir di pusat tersebut untuk membuat tinjauan dan sempat memberikan penerangan kepada orang ramai.
Beliau berkata bantuan RM500 itu adalah untuk isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan.
“Kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang perhatian dan sentiasa memberi keutamaan kepada rakyat,” katanya lagi.
Menurutnya bantuan RM500 yang diberikan oleh kerajaan adalah untuk membantu rakyat khususnya yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.
Katanya kerajaan BN sentiasa berusaha memastikan rakyat menikmati kehidupan yang selesa.
Beliau berkata apa yang dilakukan oleh Kerajaan BN tidak mungkin dapat dilaksanakan oleh pembangkang.
“Apa yang dilakukan oleh BN tidak dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan di negara lain dan BN memang mempunyai kemampuan...BN bukan pembangkang yang hanya tahu mengelirukan rakyat dengan mengutarakan pelbagai fitnah,” katanya dan menambah rakyat wajar sedar akan kesungguhan kerajaan BN dalam membela nasib dan kepentingan mereka.


Share |